26 MARCH
SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN
PENUBUHAN KONGRES KESATUAN SEKERJA MALAYA (MTUC) |
Persatuan-persatuan sekerja memainkan peranan penting dalam mengawal dan menjaga kepentingan-kepentingan para pekerja. Setiap masalah yang dihadapi oleh para pekerja, sedaya upaya akan cuba diselesaikan oleh Persatuan Sekerja. Untuk mengerat dan mengukuhkan lagi perhubungan antara persatuan-persatuan sekerja, maka adalah amat perlu satu badan diwujudkan sebagai saluran bagi merapatkan perhubungan serta melahirkan kerjasama di kalangan Persatuan Sekerja. Pada hari ini 26.3.1950, Kongres Kesatuan Sekerja Malaya atau Malayan Trade Union Congress - MTUC telah ditubuhkan, melalui satu Persidangan Kali Kedua Perwakilan Kesatuan Sekerja Malaya yang telah diadakan di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur. Penubuhan Kongres itu adalah hasil kajian yang telah dibuat oleh satu Jawatankuasa yang dibentuk pada bulan Februari 1949 dan telah dibentangkan dalam persidangan pada hari ini dalam tahun 1950.
Para perwakilan telah sebulat suara bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa itu supaya diwujudkan satu majlis Persatuan Sekerja Malaya. Satu Jawatankuasa kerja telah dilantik bagi menjalankan kongres ini yang terdiri dari:
Presiden - P.P Narayanan
Naib Presiden - Che Rahmah bt. Mohd. Salleh
Setiausaha - X.E. Nathan
Bendahari - M.P. Rajagopal
Auditors - P. Devadason dan Lee Ti Kee
Trustees - Poonudurai, Lionel Val Geyzel, YapEng Tee
Di samping itu satu jawatankuasa Pusat (Central Committee) telah dilantik yang terdiri dari:
Dengan tertubuhnya kongres itu maka wujudlah saluran bagi persatuan-persatuan sekerja yang telah bergabung di bawahnya bagi menjamin hak-hak mereka sebagai pekerja.
SUMBER : [ARKIB NEGARA.GOV.MY]
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
|
No comments:
Post a Comment