Pages

Saturday, March 10, 2012

Rating PM Meningkat. Pembangkang Mula Resah Dan Gelisah!!


SALAM 2 ALL,
PERKHABARAN yang kurang enak didengar oleh pembangkang dan akan menidakkan perkhabaran tersebut dengan memberi bermacam-macam cerita 'negetif' kepada orang ramai. Kalau tak percaya, tunggu. Ini kerana rating sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat ke 69 peratus dari 59 peratus pada Ogos 2011, demikian menurut Merdeka Centre for Opinion Research. Pusat tinjauan pendapat itu berkata, ini disebabkan ‘mood’ orang ramai yang lebih senang dengan keadaan ekonomi umum dan pengagihan dana bagi meringankan beban ekonomi keluarga berpendapatan rendah.


Pusat itu berkata, tinjauannya mendapati antara 10 dan 23 Februari, sokongan terhadap perdana menteri paling tinggi, pada 78 peratus, di kalangan keluarga dengan pendapatan di bawah RM1,500 sebulan, dengan responden India pada 80 peratus dan responden Melayu 74 peratus. Tinjauan itu juga mendapati rasa puas hati dengan perdana menteri adalah lebih tinggi di kalangan responden pada usia 50 tahun ke atas, di tahap lebih 73 peratus, berbanding 64 peratus di kalangan responden lebih muda berumur antara 21 hingga 30. Hasil tinjauan juga menunjukkan sebanyak satu pertiga daripada responden yang mirip kepada Pakatan Rakyat, selaku pembangkang, melahirkan rasa puas hati dengan perdana menteri.

p/s : IBM Kata, "sudah tentu perkhabaran dan berita ini akan membuat pembangkang berkerja lebih keras lagi dan cuba untuk menidakkannya bahawa berita ini adalah 'gimik' politik BN bagi mendapat sokongan rakyat bagi menghadapi PRU ke-13 nanti. Apapun, kalau ianya benar, kita jangan lekas bangga diri, terlalu konfiden. Apa-apa boleh terjadi sekiranya kita terlalu bergantung kepada 'populariti' Perdana Menteri. Teruskan tugas kita, pastikan kita dengar rintihan rakyat dan terus bantu. Insyallah." 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments: