Pages

Sunday, March 11, 2012

Shahrizat Letak Jawatan??..Inikah Yang Pembangkang Nak??


SALAM 2 ALL,
BELUM apa-apa lagi pembangkang dah mula bertepuk tangan. Mereka amat-amat mengharapkan Datuk Seri Sharizat meletakkan jawatan kerana terlibat didalam skandal NFC. Tapi, perkara itu belum disahkan lagi Oleh Perdana Menteri, DS Najib Razak.

Menurut kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau akan mengumumkan tentang kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada waltu yang sesuai. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO sebelum itu tidak menafikan desas-desus yang mengatakan Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu akan meletakkan jawatan.

"Bukan khabar angin, kita akan membuat pengumuman (pada waktu) yang bersesuaian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Sayang 1 Malaysia di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, semalam yang turut dihadiri Shahrizat. Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus Yang mengatakan Shahrizat akan mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada majlis yang dihadari lebih 20,000 anggota Wanita UMNO serta sayap parti dari seluruh negara itu.


p/s : IBM kata,"memang itulah yang pembangkang nak. Mereka memang hati busuk. Tak habis-habis mereka menyerang Kak Ijat. IBM rasa memang ada dalang disebalik kes ini. Kesian kak Ijat jadi kambing hitam. Apapun banyakkan bersabar kak Ijat ooi. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment