Pages

Monday, March 26, 2012

Siapa Yang Nak Beli Siapa Ni??


BILA Pilihan Raya Umum kian hampir, bermacam-macam cerita, tomahan, fitnah yang kita dengar. Maklumlah masing-masing nak cari pengaruh dan yang penting untuk mendapatkan undi. Semalam, Blogger Abdul Rahman Talib (gambar) mendakwa, beliau mendapat maklumat Umno menyediakan peruntukan yang besar bagi membeli agen pengundian dan pengiraan undi dari PKR. Ia akan dilakukan sewaktu pilihan raya umum akan datang, dakwa blogger yang juga dikenali sebagai Tulang Besi itu.

Kononnya, maklumat yang si Tulang Besi baru dapat adalah sewaktu PRU nanti, sebuah dana telah disediakan khas bagi tujuan ini. Betul ke ceritanya tu? atau pihak pembangkang yang sudah bersedia untuk membuat kerja-kerja kotor tu. IBM tahu dan semua orang tahu, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sedang berusaha untuk mendapatkan dana yang besar bagi tujuan PRU ke-13 nanti. Sudah tentu dana itu datangnya dari puak-puak Yahudi dan Ameriaka Syarikat yang bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerjaan BN.

Menurut si Tulang Besi ni, bahawa sebanyak RM30k-RM50k telah disediakan untuk membeli PACA (Polling Agent dan counting Agent) dari PKR seluruh Selangor. Nampaknya, si tulang besi ni memang telah masuk merusup jauh kedalam kem BN Selangor dan telah mendapat maklumat-maklumat tersebut. Bagi IBM , itu adalah satu cara pakatan haram Selangor berpolitik. Mereka mengada-adakan cerita yang tak ada dan mengembar-gemburkan perkara yang tak betul.

Dan.....tak habis disitu, tulang besi sial ni juga mendapat maklumat yang kononnya BN akan membeli calon-calon dari PKR untuk menarik diri serta memberi kemenangan percuma kepada Barisan Nasional (BN). Aduhai!!!..apa le punya bodoh cerita si tulang besi ni. Memang kelakar dan nak ketawa IBM dibuatnya. IBM nak tanya, hebat benar ke calon-calon PKR di Selangor ni?..memang patut le ko ni di gelar tulang besi, dah berkarat agaknya, tak laku, tak ada value.

Walau bagaimana pun, Perdana Menteri telah pun turun padang, bekerja keras, dan memang nampak jelas bahawa rakyat sudah mula beraleh pandang kepada BN dan apa yang IBM dapat tahu, rakyat negeri Selangor dan tak sabar nak tendang dan menghalau PR dari muka bumi Selangor ini. Perdana Menteri kita, DS Seri Najib nampaknya memang berpuas hati dengan sambutan dan respon yang diberi oleh rakyat Selangor sepanjang beliau turun padang ke negeri Selangor ini. 

Segala bantuan telah diberi dan diharap bantuan-bantuan seperti ini harus diteruskan dan segala janji harus ditunaikan, tidak seperti pakatan rakyat yang telah banyak berbuat janji semasa di PRU yang lalu, tapi, masi belum ditunaikan. Oleh itu, terimalah padahnya dari rakyat akibat keangkuhan korang. Kuasa ditangan rakyat. Maka rakyatlah yang menentukan sesebuah parti untuk memerintah. Jika rakyat kita nodai, maka kita akan dihukum. Ingat itu semua wahai wakil-wakil rakyat BN yang akan bertanding nanti. Kesilapan yang lampau jangan diulangi lagi. Cukuplah apa yang kita rasai selama satu penggal ini. Memang PR HAMPEHH!!..dan PR adalah parti pembohong rakyat. Sekian. Ikhlas dari saya - IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. Tulang Besi memang berada ditahap maha fitnah. Pergi Mekah tujuannya hanyalah untuk berdoa untuk kemusnahan pada orang lain. Bersama dengan parti yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi perbuatan sebaliknya. Insaflah wahai Tulang Besi (karat).

    ReplyDelete
  2. Salam S.A.Hamid,

    Memang dasar pencacai2 pakatan haram mcm tu. Kerja depa x habis nak menabur fitnah. Elok beno le si tukang besi (karat) tu diberi gelaran 'maha fitnah'. Kalau mcm tu, pergi Mekah pun x ada gunanya. Elok le ko bertaubat wahai si tukang besi....:)

    ReplyDelete