Pages

Tuesday, March 13, 2012

Zambry MB Yang Berjiwa Rakyat, Turut Bantu Mangsa Kemalangan. Bekas MB Nizar Boleh Ke??


SEMANGGOL - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sempat membantu salah seorang mangsa kemalangan, Saidon Riduan, 65, mengucap dua kalimah syahadah ketika turut membantu di lokasi kejadian. Zambry kebetulan melalui kawasan kemalangan di Kilometer 5 Jalan Kuala Gula, Simpang Empat Semanggol semasa pulang dari Majlis Bersama Rakyat di Kuala Kurau, dekat sini. Saksi kejadian, Azlan Che Lob berkata, Zambry merupakan antara individu paling awal tiba di tempat kejadian, turut membantu menenangkan mangsa kemalangan.Katanya, kemalangan yang dipercayai berlaku lewat petang kelmarin itu melibatkan dua kenderaan pa­cuan empat roda, membabitkan tiga kematian.


Menceritakan kembali kejadian, Azlan berkata, Saidon bersama isterinya, Fatimah Abdul Kadir, 64, yang maut di tempat kejadian dipercayai baru pulang daripada memancing di Kuala Gula, dekat sini. “Situasi paling menyedihkan ketika mangsa sedang dibantu mengucap dua kalimah syahadah oleh Menteri Besar, isterinya sudah meninggal dan saya sempat melihat ikan sepat yang mereka pancing berada dalam kenderaan dinaiki." 

“Sejurus sebelum menghembuskan nafas terakhir, mangsa sempat memandang sayu kepada arwah isterinya yang meninggal lebih awal dalam kejadian berkenaan,” katanya. Menurutnya, seorang lagi mangsa, Tan Eng Choo @ Tan Ah Ba, 70, yang memandu sebuah lagi kenderaan berada dalam keadaan nazak dan dikejarkan ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan kecemasan.“Saidon hanya bersama isterinya dalam kenderaan terbabit, sementara seorang lagi mangsa menaiki kenderaan bersama empat penumpang lain, termasuk dua kanak-kanak yang turut mengalami kecederaan,”

Katanya, Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Mat Fauzi Nayan ketika dihubungi semalam, mengesahkan kejadian dan memaklumkan Eng Choo disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman pada jam 10.10 malam kelmarin, selepas menerima rawatan di Hospital Taiping. Beliau turut memaklumkan, Saidon dan Fatimah berasal dari Ipoh dan semua jenazah mangsa telah dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan.

p/s : IBM Kata,"Itulah yang dikatakan malang tak berbau. Apapun IBM ucapkan setinggi tahniah kepada DS Zambry yang sama-sama turut membantu mangsa kemalangan ngeri itu. Sebagi Menteri Besar, bukan saja setakat menjaga negeri, malah rakyat pun harus dijaga kerana rakyat adalah penentu masa depan politik sesebuah negara/negeri. DS Zambry dapat merasakan semuanya itu. Memang pemimpin-pemimpin BN/UMNO berjiwa rakyat. Syabas semua dan tahniah sekali lagi DS Zambry. Insyallah, Perak akan kekal dibawah BN diPRU ke-13 nanti.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment