TANDA-TANDA AHLI PKR MULA MUAK DENGAN SIKAP PEMIMPIN MEREKA........
KEMELUT antara Presiden PKR , Wan Azizah dengan SETERUNYA Shamsidar berterusan. Mereka sebenarnya tidak boleh bertentang mata sejak semenjak ini. Itu sebab 'Sidang Akhbar' yang sepatutnya diadakan, terpaksa dibatalkan disaat-saat akhir. Tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Shamsidar Taharin MEMBATALKAN sidang akhbar mereka pada saat-saat akhir mengundang rasa tidak puas hati dan menjadi bahan cemuhan di kalangan penyokong parti itu.
Rasa tidak puas hati itu disuarakan dengan lantang menerusi ruangan komen di blog Suara Pakatan Rakyat di http://suarapakatanrakyat.com (blog pro pembangkang) kelmarin yang menulis satu entri berhubung pembatalan sidang akhbar tersebut. Mana mungkin kedua-duanya boleh bersemuka dan bertentang mata. Mesti panas punya. Kak Wan memang dah lama MEMENDAM RASA, tapi disimpan di dalam hati. Shamsidar pulak, demi wang ringgit sanggup mengadaikan maruah diri dengan izin suaminya.WA.
Antara lain penyokong pembangkang itu mendesak pemimpin PKR tidak memberikan alasan bodoh berikutan pembatalan sidang akhbar tersebut kononnya mendapat maklumat ada pihak tertentu cuba menggagalkannya atas sebab yang tidak dapat dipastikan. Demi kebenaran, siapa pulak yang ingin menggagalkan persidangan tersebut. Dah lama orang ramai menunggu, begitu juga dengan ahli-ahli PKR, menunggu dan menunggu supaya kak Wan Jijah mendedahkan cerita yang sebenarnya.
Penyokong PKR itu juga mendakwa sudah letih untuk meyakinkan ahli di peringkat bahagian berhubung isu tersebut dan memberi tempoh sehingga hujung bulan ini kepada pemimpin PKR membuat penjelasan. Boleh ke kak Wan?..atau masih lagi nak main 'sendiwara'. Cukuplah kak Wan oii. Dah tiba masanya uutk kak Wan berterus-terang. Kak Wan boleh tutup dan menidakkan cerita yang sebenar, tapi...di akhirat nanti macam mana?..confirm kak Wan tak boleh lari lagi. Pada masa itu, mana abang Nuar, mana rakan-rakan sepejuangan dan ahli-ahli parti?, adakah mereka-mereka ni dapat menolong kak Wan?
Fikir-fikirkanlah kak Wan. Begitu juga Shamsidar. Sedarlah, bangkitlah. Kebenarnya semuanya ini, harus didedahkan sekarang. Dan pada sekelian penyokong-penyokong dan ahli parti PKR, bertindak dengan bijak dan secara RASIONAL. Kenapa masih nak disokong parti dan pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang akan menjahanamkan negara. Fikir-fikirkan. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment