Pages

Sunday, April 15, 2012

'Waris Malaya' Bersama BN. Pembangkang Semakin Gentar!!

"MISI TAWAN KEMBALI NEGERI SELANGOR"
Pembangkang Cemas Bila Gelombang Biru Melanda. Mereka Tahu Mereka Akan DiHumban Dari Negeri Selangor...........
SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Waris Malaya, yang secara rasminya menjadi Sahabat Barisan Nasional (BN) semalam membuktikan golongan muda sentiasa menyokong BN.
“Siapa kata orang muda tak sokong? Waris Malaya ini bukankah orang muda?” katanya semasa berucap melancarkan Waris Malaya Sahabat BN di Dataran Transformasi, Kampung Jalan Kebun di sini semalam.
Kerana jalan begitu sesak, DS Najib menaik Motosikal ketempat perhimpunan. Sambutan yang begitu menggalakkan. 


Beliau berkata, perhimpunan yang melibatkan ramai golongan muda termasuk yang masih berusia belasan tahun dan belum layak mengundi merupakan cerminan dan manifestasi bahawa angin kencang sedang bertiup di bumi Selangor.



"Angin kencang akan meranapkan sesiapa yang cuba menolak perubahan yang dituntut rakyat Selangor yang ingin kembalikan BN di Selangor,” katanya.

Pengerusi 'Waris Malaya' sedang menyampaikan ucapan

Seperti Biasa, DS Najib Berucap Dengan Penuh Semangat Didepan Ribuan Anak-anak Muda yang Berikrar Menyokong BN.

Pengerusi BN itu berkata, rakyat Selangor sebenarnya telah tertipu dengan janji manis pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008.
Menurut beliau, antara janji yang tidak dikotakan kerajaan Selangor ialah menurunkan cukai pintu, memberi elaun untuk anak-anak memasuki tadika, elaun ibu sepenuh masa serta pelbagai elaun lain.


 PM Bersalam-salaman Dengan Para Penyokong Yang Menanti dengan Penuh Setia

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, BN menghulurkan pelbagai bantuan kepada rakyat termasuk menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500 untuk setiap keluarga berpendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan, bantuan awal persekolahan RM100 dan Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM200 serta Kedai dan Klinik Rakyat 1Malaysia.

p/s : IBM Kata, "Alhamdulillah, bertambah lagi sahabat di dalam Barisan Nasional (BN). apatah lagi dari kaum belia. Jadi, persoalannya, siapa kata golongan muda tidak menyokong BN?. Salah tangkapan dari pembangkang.

"SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN"

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment