TANDA-TANDA BN AKAN MENANG DI PRU KE-13, TAPI JANGAN SABOTAJ ATAU 'CAH KETING'............
SUDAH le tu. Yang sudah tu sudahlah. Jangan diulangi perangai yang buruk, dengki sesama sendiri. Akibatnya kita yang binasa. Jesteru, semua ahli UMNO di 60 kawasan yang menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) tewas atau menang tipis pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu diingatkan supaya tidak melakukan sabotaj atau 'cah keting' kepada calon yang dipilih.
Ahli Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas (gambar) berkata, kawasan itu termasuk di negeri yang jatuh ke tangan pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Bukan senang nak ambik kembali negeri-negeri yang telah jatuh ke tangan pembangkang. Tapi, IBM percaya ianya bukan mustahil. Kalau kita ikut dan dengar apa yang di nasihatkan oleh Tan Sri Megat tu, insyallah kita kan berjaya.
"Kita tidak mahu 'cah keting' berlaku di kawasan terbabit kerana setiap undi adalah kritikal bagi memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13. Ya betul tu. IBM setuju apa yang dikatakan oleh Tan Sri Megat, kerana PRU kali ini adalah PRU yang dijangka sengit. Sudah Pasti pembangkang cuba berhabis-habis untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).
"Sebagai langkah awal, Lembaga Disiplin UMNO turun padang ke kawasan berkenaan dan menasihatkan ahlinya supaya jangan sabotaj calon sendiri," katanya ketika dihubungi semalam. Cukuplah apa yang berlaku di PRU ke-12 dulu. Oleh itu, marilah kita bersatu, kerana BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH. Insyallah kemenangan akan berpihak pada BN. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment