Pages

Wednesday, April 18, 2012

Dana Adik Wan Arif : BN Perak Biayai RM30 Ribu, Pakatan?..Habuk Pun Tarak.....!!!

"TANDA-TANDA BARISAN NASIONAL (BN) NEGERI PERAK AKAN TERUS KEKAL MEMERINTAH........


IPOH - Pembedahan adik Wan Arif Ferdaus Wan Ahmad Affendy, 8, yang menghidap kanser tulang bakal direalisasikan apabila, menerima sumbangan RM30,000 daripada Kerajaan Negeri, semalam menjadikan jumlah dana yang terkumpul RM89,000.

Sumbangan itu diumumkan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sempena Hari Bertemu Pelanggan di Bangunan  SUK, di sini. Zambry dalam sidang medianya berkata, Kerajaan Negeri berasa bertanggungjawab membantu meringankan beban keluarga itu setelah perjalanan hidup anak sulung pasangan Wan Ahmad affendy dengan Zetty Ramli itu mendapat liputan meluas media tempatan.



Menurutnya, ketabahan adik Wan Arif juga dikagumi apabila kelihatan begitu tabah berdepan penyakitnya meskipun baru berusia 8 tahun. “Kes ini agak istimewa jadi kita umumkan peruntukan RM30,000 kepada keluarga adik Wan Arif bagi membolehkan dia menjalani pembedahan kelak, kita doakan dia akan selamat,” katanya. 

Sehingga pagi semalam, Sinar Harian difahamkan, jumlah wang yang berjaya dikumpul bagi membantu murid Sekolah Kebangsaan (SK) Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah itu RM59,000. Bagaimanapun, adik Wan Arif memerlukan RM80,000 bagi menjalani pembedahan dan pemindahan tulang titanium di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya akibat kanser tahap empat di bahagian kaki kiri. 

Bapanya, Wan Ahmad Affendy ketika ditemui hanya mampu melahirkan rasa syukur dan terima kasih atas keprihatinan pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri yang membantu menampung kos keseluruhan rawatan anaknya itu.“Alhamdulillah, syukur pada ALLAH dan terima kasih saya ucapkan Kerajaan Negeri kerana meringankan beban keluarga saya. “Saya doakan (Datuk Seri) Zambry terus mentadbir kerajaan kerana kepimpinan yang beliau tunjukkan selain seorang pemimpin yang benar-benar memperjuangkan nasib,” katanya.

p/s : IBM KATA, "Itulah kerajaan BN. Sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang nasib rakyat. Tahniah DS Zambry. Buktikan pada pembangkang, bahawa BN 'means business'..janji tetap dikota. Dan, marilah kita sama berdoa agar pembedahan adik Wan Arif berjaya dan lekas sembuh.Sambil itu kita harap rakyat negeri Perak terus bersama BN. Insyallah."

SUMBER BERITA : SINAR HARIAN.COM ~ TERIMA KASIH

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.

No comments:

Post a Comment