SUNGAI PETANI – Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ladang Perbadanan, Taman Ria di sini dibubarkan selepas 50 ahlinya mengisytiharkan keluar parti hari ini.
Ketua cabang berkenaan, M. Muruli berkata mereka kecewa kerana pemimpin-pemimpin atasan parti yang gagal menunaikan janji, tidak menjaga kebajikan ahli dan banyak bercakap kosong.
“Tindakan kami tidak didorong oleh mana-mana pihak tetapi kerana kecewa dengan pemimpin atasan yang menonjolkan sikap tidak bertanggungjawab dan mungkir janji,” katanya selepas membuat pengisytiharan itu di Taman Ria Jaya di sini.
Penyelaras Parlimen yang juga ketua UMNO bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, M.L. Maren turut hadir pada majlis itu.
Muruli memberi pengakuan semua bekas ahli PKR itu akan MENYOKONG dan membantu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, dan selepas ini mereka bergerak atas nama Persatuan Kebajikan Masyarakat Tamil Sungai Petani.
Sementara itu, Tajul Urus berkata bekas anggota PKR itu sedar perjuangan PKR tidak membawa sebarang kebaikan.
“Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan PKR berbanding BN yang telah banyak berjasa dari aspek kebajikan serta memenuhi kehendak rakyat dan bekerja demi faedah bersama,” katanya.
p/s : IBM Kata, "memang dah tiba masanya pengikut-pengikut tegar PKR meninggalkan parti tersebut, dan elok jugalah cabang-cabang PKR di mana-mana pun dibubarkan. Tak ada faedahnya, dan tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat, malah menyusahkan lagi. Ini jelas, rakyat sudah muak dengan perangai dan kerenah parti kencing rakyat ni, dan tidak membawa sebarang kebaikan. Anwar tentu demam bila dengar berita ini. PRU ke-13 pun dah semakin hampir...apa tindakan nuar selepas ini, salahkan UMNO lagi ke?"
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment