Pages

Tuesday, April 10, 2012

PAS Kata BN Mula 'Rasuah' Politik Pusingan Ke-2..Pulak Dah!!!



KUALA LIPIS - APA sahaja yang kerajaan BN buat, semuanya tak betul, semuanya salah yang betul depa je. Bila bantuan tak diberi, salahkan kerajaan. Katanya kerajaan tidak prihatin, kejam, lupa janji dan bermacam-macam lagi lah. Sial betul. Begitu juga lah  dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak tentang ganjaran yang bakal diterima peneroka Felda tidak lama lagi dilihat sebagai pemberian rasuah politik pusingan kedua kepada rakyat.
Rasuah politik pusingan pertama sudah pun berjalan sejak akhir tahun lalu iaitu BR1M berjumlah RM500 yang diberi kepada mereka yang berpandapatan RM3,00 ke bawah, bantuan RM100 untuk murid-murid sekolah dan RM200 dalam bentuk baucer buku kepada pelajar-pelajar Universiti. Begitulah yang terkeluar dari mulut 'kurang asam' Presiden PAS. Semalam, Datuk Seri Hadi juga berkata, melihat kepada pengumuman itu diketika negara sedang menunggu detik pilihan raya, jelas menandakan tarikh pilihan raya umum sudah kian hampir.

Memang celupar mulut Presiden PAS gampang ni. Menurutnya lagi, rasuah politik pusingan kedua sebagaimana yang diumumkan Najib itu mungkin lebih besar jumlahnya dan mencakupi pelbagai perkara lagi. Ia tentulah sesuai dengan hasrat untuk memenangi pilihan raya dengan cemerlang, sebagaimana yang diidam-idamkan oleh Barisan Nasional (BN) sendiri, katanya.


Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Minum Petang Bersama Penduduk Dewan Undangan Negeri (Dun) Benta di sini, kelmarin.
Hadir sama, Ketua Penerangan Pas Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man; Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Dr Hatta Ramli dan Yang Dipertua Pas Kawasan Lipis, Ishak Sat.
Hadi berkata, pengumuman Najib itu juga tentulah berdasarkan keyakinannya bahawa rasuah yang diberikannya sebelum ini telah berjaya menggembirakan hati rakyat dan menyebabkan mereka mula kembali menyokong Umno dan BN.
“Kawasan Felda telah dibangunkan sejak berpuluh tahun yang lalu dan tidak pernah mana-mana Perdana Menteri sebelum ini yang mengamalkan cara pemberian sagu hati kepada rakyat dalam bentuk wang tunai tetapi beliau (Najib) telah memulakannya.
“Maka, sudah tentu pemberian di pusingan kedua ini lebih besar jumlahnya dan meliputi pelbagai kelompok dalam masyarakat kerana yang dihajati ialah sokongan yang lebih besar daripada rakyat,” katanya.
Hadi berkata, rakyat dan negara tentunya lebih memerlukan pemimpin yang berani merangka dasar jangka panjang untuk kepentingan rakyat seperti keberanian untuk menurunkan harga minyak, mengekalkan subsidi untuk rakyat miskin, memberikan pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman PTPTN.
Menurutnya, dasar berkenaan tentunya lebih bermanfaat dalam jangka panjang berbanding pemimpin yang hanya tahu memberi wang tunai RM500, RM200 dan RM100 yang boleh dihabiskan dalam waktu yang yang singkat. Kesimpulannya, pembangkang, seperti PAS ni sudah mula goyah, resah gelisah kerana kerajaan BN dibawah kepimpnan DS Najib, benar-benar memahami 'denyut nadi rakyat' yang benar-benar dahagakan keperhatinan dari kerajaan dan memerlukan bantuan.
Maka, ditunaikan oleh DS Najib, Itulah yang membuat Presiden PAS, Hj Hadi Awang naik SASAU mengatakan kerajaan BN sudah memulakan RASUAH POLITIK terhadap rakyat. Statement yang bodoh, bahlol lagi bengggong dari 'ulama' PAS. Memang HAMPEHH!! ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. Betul tu,sentiasa x puas hati dgn apa UMNO buat! dia orang ni kena janji syurga baru ok kot?

    ReplyDelete
  2. Salam KEKURA,

    Memang dah perangai diorang mcm tu. Biarkanlah...apa mereka ingat mereka je yg boleh masuk syurga?....org bodoh saja yg percaya undi PASx masuk syurga. Aduhi!!!..ceteknya pemikiran mereka, juak2 PAS ni. Moga allah mengampunkan 'dosa' mereka yg selama ini membenci org2 UMNO. WA

    ReplyDelete