Pages

Thursday, May 31, 2012

"Hari Tanpa Tembakau Sedunia"

HARI ini merupakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang disambut setiap tahun pada 31 Mei. Ia dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC). Setiap tahun, Hari Tanpa Tembakau Sedunia diadakan untuk menyedarkan orang ramai tentang keburukan merokok.


Pada IBM, seeloknya, hari-hari diadakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Seperti yang diketahui semua, betapa bahayanya rokok samada secara aktif atau pasif. Perokok-perokok seronok membunuh orang lain dengan menyebarkan asap dan menjadikan orang lain sebagai perokok sekunder. Saya ingat lagi, pernah ada slogan dalam satu iklan, ‘Anda Membunuh Anak dan Isteri Anda?’. Ini membayangkan betapa bahayanya asap rokok tersebut. WHO sendiri telah mengeluarkan fakta-fakta tentang bahaya merokok secara pasif. Asap rokok telah dikelaskan sebagai bahan kanser kumpulan A pada manusia yakni kumpulan yang paling bahaya. Kesan jangka pendeknya seperti masalah bau, kerengsaan pada mata, hidung dan kerongkong, pening kepala serta batuk. Mereka yang terdedah kepada asap rokok secara pasif untuk satu jangka masa lama akan mengalami gangguan pada paru-parunya.
Begitu banyak kajian dibuat pasal bahaya rokok. Tetapi perokok masih tegar menghisapnya. Menurut kajian, otak sedar seorang perokok akan kata rokok itu tidak sedap, tetapi disebabkan ketagihan, mereka rela asap diisi ke dalam paru-paru mereka berbanding menyedut oksigen.
Oleh itu, kepada rakan-rakan pembaca sekelian, cuba-cubalah berhenti merokok dan sambut cabaran ini demi untuk kesihatan kalian. Hidup sihat tanpa rokok, dan ingat, rokok merbahayakan kesihatan. "Amaran Oleh Kerajaan Malaysia". ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Wednesday, May 30, 2012

Pendedahan Terbaru RPK (Kes Rasuah) Terhadap Azmin, Adakah Satu Lagi Komplot Dan Agenda Politik UMNO???

 SALINAN dokumen didakwa membabitkan kes rasuah Azmin.



RAJA Petra Kamaruddin mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kes rasuah jutaan ringgit membabitkan Setiausaha Sulitnya, Mohamed Azmin Ali ditutup ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Pengarang portal Malaysia Today itu mendakwa Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika itu bil tindakan lanjut (NFA) ke atas Mohamed Azmin dan menghapuskan fail siasatan walaupun mempunyai cukup bukti untuk menahan dan mendakwanya. Raja Petra berkata, maklumat itu diperoleh daripada seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyerahkan dokumen sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi itu di London bulan lalu.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata, pihaknya membuat laporan polis berhubung pendedahan dokumen rahsia itu di Balai polis Putrajaya petang semalam. Beliau yang enggan mengulas lanjut dakwaan berkenaan berkata, jika benar dakwaan Raja Petra itu, siasatan akan dilakukan kerana siasatan jenayah tidak ada tempoh masa walaupun kes itu sudah berlalu. Dalam portalnya, Raja Petra mendakwa berdasarkan dokumen berkenaan, BPR mempunyai bukti jelas Mohamed Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM 1.5 juta dan hampir RM 10 juta dalam bentuk wang tunai dan cek," katanya yang turut menyiarkan dokumen itu menerusi portal beliau semalam.


Semua urus niaga yang disah dan diperakui bank adalah antara beratus-ratus fail dokumen yang diserahkan pegawai SPRM itu selain laporan polis dan siasatan, penyata akaun dan bank, salinan cek, baucer dan nota kontrak. “Saya mesti nyatakan bahawa kandungan fail yang tebal itu mengambil masa cukup lama untuk dibaca dan difahami, bukan saja sangat menarik tetapi memberi kesan yang sangat buruk kepada Anwar dan Mohamed Azmin. “Dalam fail itu juga menyatakan Mohamed Azmin menerima RM15,000 sebulan daripada seorang ahli perniagaan terkemuka bergelar Tan Sri dan perkara itu masih berlaku. “Paling penting adalah bagaimana Anwar meminta kes itu ditutup sedangkan BPR mempunyai cukup bukti untuk menahan dan mendakwa Mohamed Azmin,” katanya. Pendedahan terbaru itu antara beberapa siri pendedahan beliau mengenai kepincangan dan rasuah yang berlaku membabitkan kepemimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Raja Petra berkata, sumber beliau itu adalah antara pegawai anti rasuah yang mahu dunia tahu ada juga pegawai SPRM yang korup sama seperti orang yang siasatnya. Dia menyifatkan mereka seperti meletakkan musang dalam reban ayam.


Satu pendedahan yang cukup konkrit dari RPK. Elok benarlah SPRM membuka kembali fail kes 'rasuah' si Azmin ini dan di bawa ke muka keadilan. Bayangkan ianya mencerminkan betapa korupnya si Azmin dan bossnya, Anwar Ibrahim yang semasa itu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, mengarahkan agar kes itu ditutup. Bagaimana sekirannya Anwar menjadi Perdana Menteri pula sekarang ini?....jawapannya hancurlah negara, porak-perandalah jadinya.

Maka, kes ini harus disiasat dan hadapkan muka-muka penyangak-penyangak Pakatan Rakyat yang menabik dada, kononnya mereka bersih dan bebas dari rasuah. IBM rasa RPK mendapat maklumat yang betul dan berasas kali ini. Tahniah RPK, walaupun ada yang mengelar RPK sebagai 'tali barut' Barisan Nasional (BN)/Umno. Kepada Azmin dan kuncu-kuncunya yang lain, termasuk boss Azmin sendiri, Anwar Ibrahim, bersedialah kerana seluar korang dah hampir londah dan akan dibogelkan. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

Ada Yang Kata Amy, Ibnor Rizal Dan Mus Dibeli Untuk Masuk Umno...


TINDAKAN tiga artis tanah air mengambil keputusan untuk menyertai UMNO adalah atas kerelaan mereka sendiri bukannya dipaksa oleh mana-mana pihak dan bersedia untuk berdepan dengan cemuhan serta tohmahan.
Lagenda rock tanah air, Suhaimi Abd Rahman yang dikenali sebagai Amy Search berkata beliau bersama Mus May (Mustapha Din) dan Ibnor Riza bertindak sedemikian kerana menyedari hanya UMNO sahaja mampu memberi harapan bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi kepada semua rakyat di negara ini.
“UMNO ini diibaratkan seperti sebiji buah kelapa, semakin tua semakin banyak santan, kerana UMNO sahaja yang dapat memberi harapan kepada rakyat dan kita perlu buat keputusan yang betul dan jangan biar negara ini diperintah oleh orang lain.
“Saya pasti pelbagai tohmahan serta cemuhan dengan tindakan saya ini, saya masuk UMNO bukan kerana dibeli, kerana kerelaan saya sendiri, saya ada maruah dan fikir yang terbaik dan melihat masa depan,” katanya selepas majlis penyerahan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh di Ibu Pejabat UMNO, hari ini.
Menurutnya, keinginan untuk bersama UMNO sudah lama di fikirannya selepas arwah bapanya yang meminta dirinya melihat apa yang telah dilakukan oleh UMNO sehingga berjaya membawa kemerdekaan negara.
Sementara itu, Mus May berkata beliau bersedia untuk berdepan dengan apa sahaja yang bakal diperkatakan berhubung tindakan yang diambilnya.
“Itu hak mereka untuk menuduh apa sahaja, yang penting pada diri saya, apa saya lakukan ini adalah ikhlas dan bukannya disebabkan oleh sesuatu, orang Melayu perlu sedar, orang Melayu maju kerana UMNO.
“Walaupun ada di kalangan artis yang berlainan pendapat dan fahaman, namun kami tetap sahabat kerana itu adalah individu, bagaimanapaun kita perlu sedar supaya tidak mengambil tindakan yang silap dan akhirnya bukan sahaja merugikan kita tetapi keseluruhannya,” katanya.
Ibnor Riza menyifatkan kemasukkan itu adalah keputusan beliau sendiri kerana sebelum ini tidak pernah bersama-sama dengan mana-mana parti politik dan berharap akan dapat memberi sumbangan terutamanya dalam usaha untuk menyatukan orang Melayu.
Apapun pembangkang nak kata, biarkanlah. Kalau nak diikutkan, merekalah yang mempunyai kepentingan dan ingin mencari 'glamour' sekiranya ramai di kalangan artis-artis yang menyertai Pas. Itukan kerja depa. Mereka je yang betul, orang lain semua salah. Itulah sikap bodoh dan angkuh Pas. Di sini IBM nak ucapkan setinggi tahniah kepada ketiga-tiga artis tersebut, teruskan berjuang bersama Umno, kerana Umnolah satu-satu parti yang memperjuang nasib rakyat di negara kita ini. Insyallah. ~ IBM
Sumber Berita : UMNOLINE.COM ~ Terima Kasih.
DAN......TERIMA KASIH JUGA KERANA SUDI MEMBACA

Kerajaan PAS Kelantan Kerajaan 'Peminta Sedekah'??


MINTA DERMA : KERAJAAN PAS DIMINTA BERHENTI PERBODOHKAN RAKYAT...



Kerajaan Pas Kelantan diminta berhenti daripada memperbodohkan rakyat negeri ini dengan meminta derma untuk membina lebuh raya dari Kota Bharu ke Kuala Krai yang melibatkan kos sebanyak RM1.8 bilion. Tapi...meminta derma ni dah menjadi 'darah daging' Pas. Di mana-mana depa tebalkan muka, buat slamber rock je minta sedekah. Kononnya derma untuk besarkan Masjid/Surau. Lepas tu duit tu entah kemana perginya.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, majlis letak batu asas dan pelancaran derma untuk lebuh raya yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak lebih daripada satu gerak saraf dan propaganda politik Pas Kelantan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau berkata, kerajaan pimpinan Nik Abdul Aziz tidak boleh selamanya memperbodohkan rakyat dengan pengumuman projek mega kerana mereka boleh menilai sejauh mana pelaksanaan janji-janji yang dibuat oleh pemimpin Pas sebelum ini.

"Saya geli hati apabila Nik Aziz menyeru rakyat Kelantan menderma untuk projek Lebuh Raya Kota Bharu ke Kuala Krai yang menelan belanja RM1.8 bilion. Kalau harap derma mungkin 50 ke 100 tahun lagi baru siap, inilah gimik dan sandiwara politik yang terhebat abad ke-21." katanya.

Sudah le tu Pas. Jangan perbodohkan rakyat lagi. Cukup le penderitaan yang rakyat Kelantan tanggung. Banyak masalah yang belum selesai dan janji-janji dulu yang kerajaan Pas Kelantan janjikan. Masalah air yang terlalu kritikal, itu mesti di selesaikan dulu. Hidup rkyat Kelantan bagikan di era zaman batu, begitu mundur. Selagi Pas memerintah selagi itulah Kelantan akan mundur dan ketinggalan kebelakang.

Jom, IBM ajak rakyat Kelantan buat perubahan baru, tinggalkan Pas dan beri mandat pada UMNO/BN pada PRU ke-13 nanti. Tukar kerajaan bererti tukar cara kehidupan yang lebih sempurna dan lebih maju. Insyallah. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Tuesday, May 29, 2012

Pembangkang Tidak Akan Tunaikan Janji P'Raya ~ Najib



PERDANA MENTERI Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyuarakan "keraguan yang serius" terhadap janji-janji pilihan raya pembangkang. Bercakap kepada pemimpin perniagaan di Invest Malaysia 2012, beliau berkata pendekatan "populis" hanya menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat hanya berminat untuk memerintah. Sehubungan itu, katanya, beliau meragui janji-janji Pakatan tersebut, termasuklah janji untuk mengurangkan terus harga petrol jika memerintah.Malah, tegas Najib, tidak ada seorang pun di dunia yang berbuat demikian. "Kami telah membelanjakan RM2 bilion sebulan untuk subsidi (petrol) dan jika kita naikkannya kepada RM3 bilion atau RM4 bilion, apakah akan jadi pada kewangan kita?"



Hal-hal yang macam itu, apa ada hal pada pembangkang. Bagi mereka buat janji ni dah jadi satu budaya bagi mereka. Lepas itu langsung tak tertunai. IBM memang hairan dengan sikap sesetengah rakyat di negeri-negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat. Jelas dan nyata mereka ditipu dan segala janji-janji pembangkang di dalam manifesto mereka di PRU yang lepas, belum tertunai. Tapi, masih mereka menyokong Pakatan Rakyat bagi nak rak. Ini yang IBM tak faham. Kenapa dan mengapa?

Apapun, apa yang disuarakan oleh Perdana Menteri kita itu ada asasnya dan memang bernas, bukan rekaan, tapi, rakyat sudah mengetahuinya bahawa janji Pakatan Rakyat adalah janji-janji kosong. IBM tak nak komen banyak-banyak, cuba lihat apa sudah jadi dengan negeri Selangor?. Rakan-rakan pembaca semua fikir-fikirkanlah. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Sebenarnya Nik Aziz Dan Hj Hadi Yang Perlu 'Muzakarah'...

LAGI CERITA TENTANG 'MUZAKARAH' ANTARA PAS DENGAN UMNO >>>>>



BELUM  pun habis sinetron Hudud, kini timbul pula sinetron Muzakarah arahan Nik Aziz. Kedua-dua skrip sinetron ini sama saja iaitu sekejap hendak, sekejap tak hendak dan kemudian salahkan UMNO. Lepas itu, diam sekejap bila disergah DAP, dan salahkan UMNO lagi. Bila pilihanraya makin hampir, timbul lagi dan kemudian salahkan UMNO lagi.
Hudud dan Muzakarah timbul kembali akhir-akhir ini adalah bukti keterdesakan PAS. Dengan maruah yang sudah tiada lagi, PAS bergelut untuk mengekalkan sokongan bagi menghadapi pilihanraya umum kali ini.
Pengumuman Hadi Awang untuk tidak bertanding lagi seolah-olah bukti yang PAS sudah kehilangan semangat, buntu dan kecewa. PAS menjadi mangsa kerakusan dan ketakburan serta kebodohan pemimpin-pemimpin sendiri.
Jika orang Melayu berpecah dua iaitu Melayu PAS dan Melayu UMNO, tetapi PAS itu sendiri berpecah seribu.
Ada yang berkiblatkan Anwar Ibrahim, ada yang berkiblatkan Syiah, Komunis, ada yang masih bermimpi berada di zaman Dato’ Asri, ada yang Wahhabi, dan ramai lagi yang buta tuli – tidak sedar Negara Islam telah dibuang dari perjuangan, tidak sedar membontoti belakang peliwat dan tidak kesah menyembah Dewi Murtad dan LGBT, Ambiga Sreevanesan.
Penyokong-penyokong semuanya dibenarkan menyedapkan hati sendiri dengan membuat alasan sendiri dalam mempertahankan mana-mana pendirian atau keputusan parti yang bertentangan dengan keputusan dan pendirian terdahulu, mahupun yang bertentangan dengan Islam.
Melihat kepada kecelaruan PAS ini, bukankah lebih afdal jika PAS duduk bermuzakarah sesama sendiri dahulu daripada bergebang mengacah untuk bermuzakarah dengan UMNO?
Sedangkan, idea muzakarah ini juga nampaknya dibuat tanpa bermuzakarah. Kerana itulah Hadi cakap lain dan Nik Aziz cakap lain pula.
Hakikatnya, PAS telah membangkitkan soal muzakarah minggu lepas dan menegaskan bahawa mereka sanggup bermuzakarah dengan siapa saja termasuk UMNO. Hakikatnya juga, UMNO telah menyarankan yang sama berkali-kali sebelum ini, tetapi ditolak mentah-mentah oleh PAS.
Namun, demi perpaduan ummah UMNO tetap menghulurkan tangan untuk menyambut tangan Nik Aziz kali ini.
Tidak semena-mena, Nik Aziz menarik balik tangannya, manakala Hadi Awang pula menyembunyikan terus tangan di belakang. Lalu, kelihatannya hanya tangan UMNO yang masih terhulur dan dijadikan momokan oleh Nik Aziz konon UMNO yang terdesak terhegeh-hegeh inginkan perpaduan dengan PAS.
Apapun, UMNO telah menjangkakan bahawa PAS hanya ‘bermain wayang’ dalam soal muzakarah dan tidak terkejut apabila PAS mengenakan berbagai syarat untuk tujuan itu.
Namun, apa yang lebih menyedihkan ialah ketegasan Nik Aziz mempertahankan perpecahan ummah walaupun ketika membincangkan soal muzakarah.
Kata Nik Aziz, muzakarah ini harus berkenaan PAS lawan UMNO dan tentang kenapa UMNO lawan PAS dan bukannya tentang perpaduan malah beliau mengulangi buat kesekian kalinya pendirian untuk tidak sekali-kali menyokong perpaduan ummah antara PAS dengan UMNO.
Jika mengikut kata-kata Nik Aziz maka apa yang disarankan beliau bukanlah muzakarah tetapi debat, iaitu di mana kedua-dua pihak menyatakan pertentangan pendapat dan prinsip masing-masing tanpa berniat untuk mencari jalan perdamaian.
Justeru, apa yang dapat penulis sarankan ialah, tepuk dada, tanyalah iman. Apakah wajar seorang Ulama, Tok Guru atau Mursyid bermati-matian menentang perpaduan ummah? Malah mempersendakan usaha ke arah perpaduan?
Untuk itu, kita jangan sekali-kali lupa akan pesanan Rasulullah S.A.W tentang kewujudan Ulama Suk (Ulama jahat) di akhir zaman:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah s.w.t. berfirman kepada mereka: “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”;- (Riwayat Tirmidzi).

Kesimpulannya, IBM merasakan, adalah sia-sia saja usaha UMNO untuk 'bermuzakarah' dengan Pas. Buang masa, dan amat membosankan. Lupakan, kerana ianya tidak mendatangkan kebaikkan langsung. Bukan UMNO yang tolak bermuzakarah ini, tapi....Pas yang banyak berdolak-dalik. Bak kata IBM di posting yang lepas, jangan buang masa, mari kita sama-sama tumpukan kepada pilihan raya umum (PRU ke-13) yang akan datang ini. Perbetulkan yang mana tak betul, elokkan yang mana belum elok, rapatkan saf sekiranya belum rapat lagi. Itu yang penting. ~ IBM

Bahan Cerita Ceduk Dari SelangorDaily ~ Terima Kasih.

DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

PM Selami Hati Warga Tua....

NAJIB melayan warga tua, Lee Mook Ying, 65 dan Abdulah Ahmad, 90, ketika majlis makan tengah hari di Rumah Sejahtera Orang Tua Seri Kembangan, semalam.

DUA hari lalu, Datuk Seri Najib Razak mendampingi ratusan ribu belia sempena Himpunan Jutaan Belia 2012, semalam pula beliau menyerlahkan ciri kepemimpinan seorang Perdana Menteri dengan menyelami dan menyentuh hati warga tua. Dalam lawatan sejam ke Rumah Sejahtera Seri Kembangan, di sini, Najib yang amat prihatin dengan nasib warga tua, turut mengumumkan dua insentif untuk penghuni semua pusat jagaan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Insentif itu ialah lawatan pegawai perubatan setiap bulan ke semua 48 pusat jagaan warga tua serta yuran pemasangan dan langganan percuma stesen televisyen berbayar, ASTRO. Lawatan pegawai perubatan bagi membolehkan ujian saringan kesihatan dan rawatan dilakukan ke atas penghuninya berkuat kusa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada masyarakat dan negara.

Najib berkata, fokus pemeriksaan bulanan adalah terhadap lima penyakit yang sering dihadapi oleh warga tua iaitu darah tinggi, kencing manis, masalah sendi, mata dan paru-paru. Lima penyakit ini adalah penyakit yang selalu dihadapi warga tua. Oleh itu, pemeriksaan teliti akan memberi ruang dan peluang lebih baik kepada warga tua, katanya ketika berucap pada Program Kebajikan Rakyat 1 Malaysia (KAR1SMA) Warga Emas bersama Perdana Menteri. Lebih 1,500 warga emas dari Selangor dan Kuala Lumpur menghadiri program berkonsepkan ramah mesra yang memberi peluang kepada mereka bertemu secara dekat dengan Perdana Menteri sebagai menghargai jasda dan sumbangan golongan itu kepada negara. 


Mengenai yuran pemasangan dan langganan ASTRO, Perdana Menteri berkata, insentif itu untuk tiga hingga lima tahun membabitkan 17 pusat jagaan kendalian Pertubuhan Sukarela Kebajikan berdaftar dengan JKM dan 22 Pusat Aktiviti Warga Emas di bawah JKM. “Warga tua memerlukan aktiviti mengisi masa lapang kerana minda digunakan untuk program dan aktiviti sosial bermanfaat menghasilkan tubuh badan sihat,” katanya. Beliau turut mengingatkan rakyat supaya sentiasa menjaga nilai masyarakat ketimuran dengan menghargai dan menjaga warga tua.

Satu lagi Program mesra rakyat yang diilhamkan oleh Perdana Menteri DS Najib, kerana ianya menjuruskan keperhatinan kerajaan BN kepada rakyat, khususnya warga emas. Syabas DS Najib, IBM dan seluruh rakyat bangga dengan sikap mu yang begitu 'mesra rakyat' dan sudah tentu ianya menatapi slogan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Moga usaha ini dihargi oleh rakyat dan rakyat terus menyokong dan memberi mandat pada BN di PRU ke-13 nanti. Insyallah. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

WWW 1 Milik Sultan Johor!!


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sah menjadi pemilik bagi nombor pendaftaran baharu kenderaan WWW 1 yang berjaya dibida pada harga RM520,000.
Keputusan itu diketahui melalui pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semalam dan boleh dilayari di laman portal agensi tersebut.
Keputusan tersebut turut dipamerkan di tiga buah pejabat cawangan JPJ Wilayah Persekutuan-Kuala Lumpur masing-masing di Wangsa Maju, Maju Junction dan Bandar Sri Permaisuri.
Bidaan bagi nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Ibrahim itu mengatasi nombor pendaftaran termahal yang dicatatkan sebelum ini iaitu MCA 1 dengan harga RM300,100 diikuti TAY 1 (RM220,000) dan WVW 1 (RM202,000).
Selain WWW 1, turut mencatat rekod menerima bidaan tertinggi ialah WWW 3.
Nombor tersebut dibida pada harga RM360,000 oleh syarikat One Power International Sdn. Bhd.
Nombor pendaftaran siri WWW lain yang mencatat nilai bidaan ketiga tertinggi ialah WWW 9 yang dimiliki oleh Aspen Sunrise Sdn. Bhd..
Harga WWW 9 ialah RM350,000. Bagaiman pula WWW 10, ada sesipa buat bidaan ke?...kalau tidak IBM nak cuba-cuba nasib. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Nik Aziz Kata Bukan Melayu Boleh Jadi PM, Bagaimana Kalau Di Kelantan MB Bagi Pada Bukan Melayu??



KALAU Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat kenyataan dan mencadangkan bahawa bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri, kini , beliau dicabar untuk meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam dan menyerahkan tempat tersebut kepada Datuk Anuar Tan Abdullah (gambar) bagi membuktikan kata-katanya bahawa bukan Melayu boleh menjadi pemimpin di negara ini. Adakah Nik Aziz berani menyahut cabaran itu? Cabaran tersebut datangnya dari sebuah Pertubuhan NGO yang mengatakan bahawa  Anuar yang juga ahli Exco kerajaan Pas Kelantan layak menggantikan tempat Nik Abdul Aziz untuk menerajui negeri ini berdasarkan kriteria tersebut.

Mengikut kata salah seorang pemimpin NGO tersebut, memang benar Islam sudah cukup untuk seseorang menjadi Perdana Menteri tetapi keadaan semasa di negara ini berbeza di mana Melayu adalah majoriti. Dan..mereka cabar Nik Aziz letak jawatan dalam masa 24 jam dengan serah kepada Anuar (gambar) - seorang berketurunan Cina, elok sangat bagi jawatan itu kepada Anuar sebab dia (Nik Aziz) sudah lama jadi Menteri Besar dan selalu sakit.

Memang benar Islam sudah cukup untuk menjadi Perdana Menteri tetapi dalam keadaan sekarang Melayu lebih layak kerana majoriti, sebagai contoh di Kelantan 95 peratus penduduk adalah Melayu dan Islam maka orang Melayu lebih layak menjadi Menteri Besar.
Malah, anak Nik Aziz, Nik Abduh sendiri menyebut Melayu lebih layak jadi Perdana Menteri disebabkan majoriti dan ini Tanah Melayu, bukan Cina punya. 

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang tidak kisah siapa menjadi Perdana Menteri asalkan individu tersebut beragama Islam. Ia berasaskan prinsip Islam tidak menetapkan bangsa tertentu untuk menjadi pemimpin kepada sesebuah negara. Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, semua pihak juga perlu berhati-hati agar tidak tertipu dengan individu yang menukar agama hanya untuk kepentingan tertentu dan bukannya mahu beriman kepada Allah SWT.

Antara Kenyataan Nik Aziz Di Akhbar Baru-Baru Ini :


IBM setuju dengan kenyataan dari Pertubuhan NGO tersebut. Memang ada lojiknya. Dan, sepekara lagi yang perlu kita fikirkan.  Bagaimana kalau kita bagi bukan Melayu beragama Islam jadi pemimpin, lepas menjadi Perdana Menteri tiba-tiba dia murtad?.. macam mana sebab sekarang banyak masalah macam itu, ada ramai yang masuk Islam sebab hendak kahwin dan selepas itu murtad. Kita takut juga tertipu dan perlu beringat takut ada kesan sampingan, masuk Islam hanya untuk nama Islam tetapi sebenarnya mempunyai agenda tertentu seperti Salman Rushdie, betul tak para pembaca sekalian?.

Harap  Nik Abdul Aziz perbetuikan kepala otak beliau, jangan sampai dia mati orang mengelar Nik Aziz memang 'nyanyuk' dan dah tak boleh pakai. Nilaikan semua perkara tersebut sebelum mengeluarkan kenyataan agar tidak timbul kekeliruan. Sebab, Nik Aziz terlalu mengikut 'emosi' dek terlalu marahkan pemimpin-pemimpin Umno dan dendam kesumatnya tersimpan di lubuk hatinya sampai bila-bila. Gila...memang gila Nik Aziz ni. Sanggup putuskan tali persaudaran sesama Islam demi politik. Tak faham den. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Monday, May 28, 2012

Satu Ingatan Dari SPRM, Jangan Lakukan 'Jenayah Rasuah'....

SURUHANJAYA Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa semua pihak agar tidak menggunakan 'jenayah rasuah' untuk kepentingan politik terutama menjelang pilihan raya umum akan datang. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohammad, berkata berdasarkan pengalaman lepas, aduan dan maklumat berhubung jenayah rasuah yang diterima pihaknya meningkat secara menddadak apabila tiba musim pilihan raya.

SPRM merayu dan minta dalam keadaan nak dekat pilihan raya ini, bantulah SPRM kerana dalam pengalaman mereka yang lepas, setiap kali ada pilihan raya, tiba-tiba jumlah maklumat, aduan-aduan mengenai rasuah naik secara mendadak. Biasa le tu. Takkan SPRM tak faham-faham lagi. Bagi IBM, SPRM mestilah tingkatkan lagi usaha mereka bagi mencegah supaya jenayah rasuah ini dapat dibendung supaya ianya tidak menudaratkan negara.


Cegah sebelum parah. Dan perlu diingatkan kepada SPRM supaya jangan sewenang-wenangnya mendakwa dan kalau boleh jangan amalkan 'double standard'. IBM rasa pembangkang mesti 'berdengsing' dengar amaran atau ingatan dari SPRM. IBM tahu dan cerita dan sumber dari luar, pembangkang ni memang akan menggunakan SPRM bagi menentang Barisan Nasional (BN) di PRU ke-13 nanti. Laporan-laporan yang tidak tepat, dan juga sengaja membuat laporan palsu tentang rasuah terhadapa parti lawan.

Itu sebenarnya kerja dan amalan pembangkang. Dah lama dah mereka buat kerja-kerja terkutuk ini. Harap SPRM tidak tidor dan sentiasa bangun dan jangan terlepas pandang. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Apa Kata Nik Aziz Tentang Ini??


UNDI PARTI MASUK 'SYURGA' FATWA SESAT........


Kepada Tok Guru Nik Aziz Jom Baca Ini. Bukan Utusan kata, bukan IBM kata, tapi...Pak Janggut yang di atas ini kata (gambar) :



KUALA LUMPUR 27 Mei - Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.

Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.

Kepada Tok Guru Nik Aziz, si janggut ni bukan calang-calang orang tau. IBM rasa lebih hebat dari kamu. Ini jelas, bahawa segala fatwa yang Nik Aziz keluarkan selama ini adalah fatwa yang membawa kepada orang yang sesat, kufur atau syirik. Oleh itu, kepada pengikut-pengikut 'fanatik' Pas, faham-faham je apa yang di paparkan di sini, dan ketahuilah siapa sebenarnya Tok Guru yang kamu kalian agung-agungkan. 

IBM rasa kesian tengok korang semua ini. Baliklah kepangkal jalan. Kepada Pas pula, berjuanglah demi untuk agama, bangsa dan negara dan bukan untuk seseorang yang ingin menjadi Perdana Menteri. Harap maklum. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Sunday, May 27, 2012

Piala Thomas : China Juara Buat Kali ke-9


SEMBANG-SEMBANG SUKAN......


CHINA lagi. Bila le pulak agaknya pasukan badminton kita nak bawak balik Piala Thomas balik ke Malaysia?. Dah lama peminat-peminat badminton tanah air merindukan Piala Thomas. 

JUARA bertahan, China mengekalkan kejuaraan Piala Thomas buat kali kesembilan apabila mudah menewaskan Korea Selatan 3-0 pada aksi final di Pusat Sukan Gimnasium Wuhan, hari ini. Kedua-dua pasukan pernah bertemu pada edisi 2006 di Jakarta dengan China menang 3-1. Kejayaan ini sekali gus membuktikan negara Tembok Besar itu sukar digugat oleh pasukan lain.China selaku pilihan utama pada edisi kali ini, mencapai mata kemenangan pertama menerusi pemain perseorangan mereka, Lin Dan yang menewaskan Lee Hyun Il dengan catatan 21-14 dan 20-17. 



Selepas kejayaan Lin Dan itu, gandingan beregu utama China, Cai Yun/Fu Haifeng tidak memberi peluang kepada gandingan Korea Selatan, Lee Yong Dee/Kim Sa Rang di set pertama apabila mudah mencatat kemenangan 21-17. Bagaimanapun, dalam set kedua, beregu pilihan pertama kejohanan itu nyata perlu bekerja keras untuk mengutip mata kedua sebelum menamatkan permainan 25-23 dalam masa 53 minit. Sementara itu, turun selaku pemain harapan dalam mencipta kemenangan, Chen Long nyata tidak mengecewakan apabila mudah memastikan Piala Thomas kali ini sah menjadi milik China selepas menewaskan Shon Wan Ho, 21-9 dan 21-13.

Tahniah kepada pasukan China. Harap pasukan badminton negara dan juga pegawai-pegawai BAM memulakan kerja keras untuk mencari pemain-pemain baru sebagai pelapis untuk membuat persiapan di perlawanan Piala Thomas dua tahun lagi. Nampaknya pemain-pemain senior yang ada sekarang sudah sampai ke tahap untuk 'mengantungkan raket'. Bagi permainan perseorang, kita tidak boleh bergantung seratus peratus pada Datuk Lee Chong Wei. Begitu juga dengan pemain bergu utama negara. 

Bagi IBM tidak mustahil bagi kita merobohkan domanasi 'tembuk China' yang agak kebal buat masa ini, tapi sekiranya kita berusaha dan berusaha untuk mencari bakat-bakat baru, insyallah kita boleh bawa pulang Piala Thomas dan juga Piala Ubber. Insyallah. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Demi Masa Depan Negara, Belia Harus Bersama (Undi) BN, Tolak Pembangkang!!

UNTUK menjadikan negara ini terus maju, stabil, aman dan damai, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa belia supaya mengawal masa depan mereka dengan 'mengundi' kerajaan yang telah banyak berbuat jasa dan telah membuktikan keupayaan  menerajui negara melalui 'perubahan progresif' sejak kemerdekaan. Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh menjadikan ''esok lebih baik daripada hari ini".

Katanya lagi, beliau percaya belia Malaysia akan menggunakan kebijaksanaan dan kecerdikan dalam melaksanakan hak-hak mereka sebagaimana yang diperuntukan dalam demokrasi negara. Beliau juga menasihatkan belia bagaimana untuk memisahkan antara 'intan dan kaca' dalam membuat keputusan yang boleh menjadikan 'hari esok kita lebih baik daripada hari ini'.

Beliau juga menyedarkan para belia bahawa selama beberapa generasi, belia malaysia telah memilih kerajaan yang telah berjaya memacu negara ini ke hadapan, bukan hanya dalam satu PRU tetapi dah yang ke-12. Belia telah memberi sokongan dan kepercayaan mereka kepada kerajaan yang sama untuk membawa perubahan kepada negara ini, jadi kenapa tidak diteruskan oleh belia genarasi yang baru pula?...soal beliau.

Seterusnya, DS Najib mengucapkan tahniah kepada Kementerian Belia dan sukan yang sama-sama menjayakan program menarik yang berlangsung selama lima hari secara besar-besaran, dan juga dapat menarik pengunjung/pelancong dari pelbagai negara. Sambil berucap dengan penuh bersemangat, DS Najib sempat berjenaka dan memuji belia-belia yang memakai baju-T perhimpunan atau "I Love PM".

Sambil bergurau, beliau berkata isteri beliau tidak akan cemburu dengan 'cinta' yang para belia tunjukan kerana ianya mewakili rasa hormat dan kasih sayang unutk pemimpin-pemimpin negara. Beliau juga berasa bangga kerana perhimpunan ini telah mencapai sasaran untuk mengumpulkan 2 juta belia di Putrajaya.

Akhir kata, beliau melaungkan bahawa 'Putrajaya' telah ditawan oleh belia, serta-merta mendapat sorakan yang bergemburuh dan bersemangat daripada belia-belia yang hadir. Dan.....terdengar juga sorakkan "We Love PM". Betul, memang betul, belia sayangkan pemimpin seperti DS Najib dan negara. IBM juga merasa amat bangga kerana selain isteri DS Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, hadir, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan  Mansor, dan Menteri-menteri Kabinet yang lain pun turut hadir. syabas dan tahniah.

Kesimpulannya, "HIMPUNAN JUTAAN BELIA PUTRAJAYA 2012, berjaya. Syabas sekali lagi. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

Saturday, May 26, 2012

Betul Ke Petronas Taja Gerakan Anwar Ibrahim??

ANDA MESTI BACA ARTIKEL INI :

BUKU dalam talian The ‘I’ Files oleh Jonathan Smith yang membongkar kisah-kisah Anwar kini mula diperkatakan umum.   Seperti yang ditulis sebelum ini  iaitu kebanyakan kisah yang diceritakan adalah rahsia umum, setidak-tidaknya bagi para pemerhati politik veteran. 
 
Kisah Anwar kahwin lari, bapa Wan Azizah mengamuk ingin menembak Anwar bukanlah sulit walaupun mungkin ramai anak-anak muda hari ini belum pernah mendengarnya.  Malah, kisah-kisah bagaimana beliau ditaja oleh kumpulan ektremis Islam, pendokong Wahhabi juga sudah pernah didedahkan.   

Penglibatan beliau dengan International Institute of Islamic Thought (IIIT) sememangnya diketahui ramai.  Apa yang menarik ialah Smith tidak pula (atau belum lagi) menghuraikan berkenaan IIIT secara terperinci.   Kita percaya bahawa lokasi IIIT di Langley, yang juga menempatkan pejabat CIA bukanlah satu kebetulan. IIIT adalah diwujudkan oleh CIA. 

Menurut beberapa sumber, hasil penyelidikan pemikiran umat Islam oleh IIIT digunakan oleh CIA untuk memanipulasi, melaga-lagakan dan memusnahkan negara-negara Islam secara halus dan tersusun. 
 
Melalui IIIT juga diwujudkan Muslim fanatik, Muslim liberal di seluruh dunia bagi mengekang Muslim fundamental iaitu yang berfahaman sederhana selaras dengan ajaran Islam sebenar.  

CIA tahu bahawa Muslim fanatik akan secara automatik akan bertelagah dengan Muslim fundamental.   Jika perlu, CIA akan menimbulkan isu melalui agen-agen mereka di negara-negara berkenaan, menyemarakkan kebencian sehingga memabawa kepada kekecohan dan mungkin juga perang saudara dan pemberontakan.  

Apabila negara-negara Islam mula lemah akibat pertelagahan sesama sendiri,  barat akan memberi sokongan, bantuan malah dana untuk mengembangkan fahaman liberal di negara-negara tersebut melalui berbagai sudut, bentuk dan cara.  


Maka kita wajar faham bahawa tajaan wang yang dikatakan diterima oleh Anwar dari kumpulan ektremis Islam tadi adalah berakar umbi dari barat, iaitu CIA juga - mungkin pada ketika itu, tanpa disedari oleh Anwar mahupun kumpulan-kumpulan ektremis Arab itu sendiri. 
 
Yang jelasnya, hari ini, kita tahu bahawa Anwar memang cukup sedar mengenai tangan-tangan CIA di dalam IIIT.  Tidak mungkin beliau tidak tahu kedudukan sebenar apabila namanya terletak sebaris dengan tokoh-tokoh Yahudi Zionis dan Muslim liberal di dalam beberapa pertubuhan yang berkait rapat dengan CIA.


Selain wang dari kumpulan ektremis Islam, Smith menyebut satu lagi punca kewangan Anwar yang mungkin belum pernah diketahui sebelum ini, iaitu Petronas dan bagi pihak rakyat Malaysia keseluruhannya, kita yakin inilah yang menjadi persoalan utama yang timbul dari 4 bab buku ini.

Menurut Smith, data kewangan Petronas yang memusykilkan telah pun dibawa ke perhatiannya lama sebelum Anwar mula menunjukkan warna sebenar kepada Malaysia. 

Pada mulanya, pekerja bawahannya telah mengesan penjualan minyak Petronas dalam jumlah yang kecil, tetapi di bawah harga pasaran.  Namun, beliau telah menganggap bahawa ianya terlalu kecil untuk dikesan atau diberi perhatian pada waktu itu.  

Nama Hassan Marican kemudiannya muncul di dalam fail risikannya pada tahun 1990, sebagai seorang yang berkait rapat dengan Anwar yang merupakan juniornya di MCKK.

Menurut rekod juga, bapa Hassan pernah bekerja dengan bapa Wan Azizah pada tahun 1970an.  Anwar dikatakan membawa Hassan masuk ke Petronas dan menolaknya terus ke tampuk kuasa  tertinggi syarikat tersebut pada 1995.  

Tun Mahathir agak sangsi pada mulanya kerana Hassan baru berumur 43 tahun pada waktu itu, bagaimanapun, beliau mempercayai penilaian Timbalannya lalu bersetuju dengan perlantikan Hassan.

Memainkan harga minyak hanyalah perkara kecil bagi kedua-dua bekas MCKK ini.  Apa yang lebih hebat ialah bagaimana mereka membentuk rangkaian yang melibatkan pembinaan, pembelian dan perkhidmatan melalui Petronas yang bernilai berbillion pound. 
 
Dana dari rangkaian Wahhabi-CIA dan Petronas serta entah berapa billion lagi dari berbagai sumber lain itulah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada waktu itu, untuk membina sokongan dan empayar tersendiri sekali gus, menjatuhkan Tun Dr. Mahathir.  

Memandangkan Wahhabi atau CIA bukanlah perkara yang dekat dengan rakyat Malaysia, maka kita letakkan dua perkara ini ke tepi dan biarlah Anwar atau kerajaan atau entiti yang lebih besar menangani mereka.  

Sebagai rakyat marhaen, kita hanya ingin tahu apakah benar Petronas telah secara tidak langsung menaja seorang pengkhianat, peliwat dan penzina untuk menjadi Perdana Menteri negara kita?  Dan benarkah Hassan Marican terlibat sama? ~ Jom sama-sama kita fikirkan betapa bahayanya manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Memang patut rakyat tolak dan hapuskan dia terus dari dunia politik tanah air. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA