DEWAN NEGARA
09 MAY
SEJARAH WARISAN NEGARA DAN SEJARAH TUNJANG KETERBILANGAN
DEWAN NEGARA MELULUSKAN RANG UNDANG-UNDANG SURUHANJAYA PILIHANRAYA MENGENDALIKAN PILIHANRAYA MAJLIS TEMPATAN |
Pelbagai usaha telah dijalankan untuk mewujudkan sistem pengundian di negara ini berjalan dengan lancar dan teratur serta bersifat dengan penuh keadilan. Di antara pihak yang penting dalam pilihanraya ialah Suruhanjaya Pilihanraya. Pada hari ini 9.5.1960, Dewan Negara telah meluluskan Usul Suruhanjaya Pilihanraya mengendalikan pilihanraya-pilihanraya Majlis Tempatan di seluruh Persekutuan Tanah Melayu.
Tiga dasar penting yang terkandung di dalam Rang Undang-undang Pilihanraya Kerajaan Tempatan ini ialah:
Pilihanraya bagi Majlis Tempatan ini secara jelas akan menjadikan Pilihanraya Majlis Tempatan akan diadakan tiga tahun sekali, tidak sebagaimana sekarang setahun sekali. Dengan ini anggota yang menjadi ahli Majlis dapat menjalankan perancangan yang lebih kemas kini dan teratur. Diharap dengan kelulusan Undang-undang ini, perjalanan pilihanraya di Majlis Tempatan dapat berjalan dengan lancar dan usaha-usaha pembangunan di kawasan Majlis Tempatan dapat berjalan lancar.
SUMBER : ARKIB NEGARA.GOV.MY
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
|
No comments:
Post a Comment