SEBAHAGIAN peneroka di Felda Bukit Tangga dekat Bukit Kayu Hitam, Kedah turut mengikuti khabar gembira yang disampaikan oleh Najib menerusi kaca televisyen semalam.
LAGI CERITA TENTANG 'DURIAN RUNTUH' PENEROKA FELDA :
JERANTUT - Para peneroka yang hadir pada majlis pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pemberian durian runtuh sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) melahirkan rasa penuh syukur, malah ada yang menitiskan air mata kegembiraan.
Kalangan 50,000 orang peneroka, isteri, generasi kedua dan warga kerja Felda yang ditemui pada majlis pengumuman tersebut di Felda Jengka 8 di sini penuh ceria dan gembira mendengar ucapan Perdana Menteri itu. Penyenarian FGVH yang dijangkakan pada pertengahan tahun ini bakal meningkatkan modal nilai pasarannya kepada RM21 billion berbanding RM3 billion pada masa sekarang.
Cadangan penyenaraian tersebut telah diumumkan pada akhir tahun lalu dan bagi menguruskan proses penyenaraian tersebut, FGVH telah melantik lima bank pelaburan, iaitu dua bank tempatan dan tiga bank antarabangsa. Bagi Pengerusi Gerakan Perkumpulan Wanita (GPW) Wilayah Terengganu, Wan Saedah Wan Musa, 56, pengumanan Perdana Menteri itu telah melenyapkan sama sekali tomahan pembangkang yang selama ini membuat pelbagai kenyataan bertujuan menggagalkan penyenarian FGVH.
Semalam, IBM dah paparkan cerita pasal 'durian runtuh' para peneroka ni. Happy..memang happy beno mereka-mereka ni. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Perdana Menteri. Moga segala jasa baik dan keperhatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh DS Najib akan di 'terjemah'kan oleh rakyat jelata khusunya para peneroka di PRU ke-13 nanti. Bye-bye pembangkang. ~ IBM
Terima kasih KOSMO.
DAN.....TERIMA KASIH JUGA KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment