NAMPAKNYA pemikiran mantan MB Selangor lebih jauh kehadapan dalam isu yang melibatkan Geran Selangorku yang diumumkan oleh Khalid Ibrahim beberapa bulan lepas.
Hampir tiga bulan lepas Dr Khir Toyo telah menulis diblognya tentang keanehan dan perbuatan yang luar biasa apabila Geran Selangorku tidak melalui prosedur kewangan negeri, sebaliknya terletak terus dibawah kelolaan MB. Ianya adalah untuk keuntungan politik MB.
Kini apa yang dikatakan Dr Khir menjadi kenyataan. Adun-Adun dan pemimpin-pemimpin PKR mula rasa resah gelisah tentang geran berkenaan yang tidak diuruskan dengan cara yang betul. Langsung tidak ada penglibatan Exco, Adun dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Solid RM 300 juta dikendalikan terus oleh Pejabat MB Selangor.
Lebih mengejutkan apabila tiga orang pegawai Khalid Ibrahim diletakkan dalam jawatankuasa berkenaan. Sungguh mengejutkan lagi apabila setiausaha akhbar MB, Arfa’eza Abdul Aziz juga turut diletakkan dalam jawatankuasa berkenaan selain daripada minah yang bermulut jahat,Faekah Husin. Sungguh memelikkan apabila seorang setiausaha akhbar yang tugasnya hanya menjaga media diberikan tugas untuk memutuskan penggunaan peruntukkan RM 300 juta. Setiausaha akhbar dan setiausaha politik lebih penting dari Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Exco dan wakil-wakil rakyat.
Penglibatan kakitangan kerajaan dalam jawatankuasa Selangorku juga bukan melibatkan pegawai-pegawai tinggi. Manakala jurutera JKR yang dipilih dalam jawatankuasa berkenaan bukannya Jurutera JKR negeri, sebaliknya Jurutera JKR Daerah Kuala Selangor. Pendek kata pegawai-pegawai kerajaan yang berada dalam jawatankuasa berkenaan semuanya jenis pegawai-pegawai yang boleh disergah serta mematuhi arahan Faekah. Penglibatan kakitangan kerajaan hanya untuk mengabui mata orang ramai.
Kini Faekah, Arfa dan Rohani dari MBI berkuasa penuh terhadap Geran Selangorku RM 300 juta. Mereka yang terlibat dari segenap sudut termasuklah melantik kontraktor dari pihak kroni-kroni mereka serta kontraktor yang menjadi proksi mereka. Perkara-perkara inilah yang menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin-pemimpin PKR kerana kuasa yang dimiliki Faekah.
Bagi IBM, selagi Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor, selagi itulah penyelewangan akan berlaku dan ramai dikalangan pengikut-pengikut yang rapat dengan Menteri Besar akan menikmati segala kekayaan yang ada di negeri Selangor ini. Tak mungkin negeri Selangor akan jadi 'muflis' sekiranya rakyat tidak bangkit dan humban Pakatan Rakyat ini dari negeri Selangor. Mereka lebih mengamalkan 'korapsi', bukan Umno/BN seperti yang mereka heboh-hebohkan sehingga rakyat Selangor termakan hasutan mereka.
Oleh itu, IBM mengajak rakyat Selangor supaya berfikir sejenak, kerana sejenak itu boleh mengubah segala-galanya. Sekian dari saya ~ IBM
Terima kasih juga kepada Selangor Daily Dot Com di atas sumber berita ini.
DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.
No comments:
Post a Comment