Pages

Sunday, July 1, 2012

EURO 2012 : Siapa 'Raja Eropah'??..



MEREKA bersemuka lagi. Namun, kali ini, Sepanyol dan Itali bukan lagi berentap untuk tiga mata, sebaliknya bagi merebut kejuaraan Euro 2012 dan memahat nama mereka dalam buku sejarah Kejohanan Eropah. Dua seteru Mediterranean itu bertembung buat kali kedua dalam tempoh tiga minggu selepas seri 1-1 pada aksi pembukaan Kumpulan C.

Selaku penyandang juara dunia dan Eropah, Sepanyol memburu gelaran utama ketiga berturut-turut untuk mengesahkan status mereka selaku pasukan kebangsaan terulung sepanjang zaman. Bergelar juara selepas final awal pagi esok bermakna Sepanyol juga menyamai pencapaian Jerman selaku juara Eropah tiga kali. Pengendali Azzurri, Cesare Prandelli sendiri memilih Sepanyol sebagai pasukan pilihan untuk menjulang trofi.

Sama-sama kita tunggu jam 2:24 pagi esok. Kita tengok siapa yang akan bergelar 'Raja Eropah'. IBM tetap memilih Sepanyol kerana prastasi mereka yang memberangsangkan dan berstatus sebagi 'Juara Dunia'. Sama-sama kita saksikan. Sekian dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment