Pages

Friday, June 22, 2012

Janji Pembangkag Ibarat 'Tin' Kosong...

RAIS (kiri) beramah mesra dengan masyarakat Cina pada majlis pecah tanah bangunan MCA Jelebu di Jelebu semalam.

IBM sokong apa yang DS Seri Rais Yatim kata pasal pembangkang. Memang mereka bercakap kosong bila berceramah. Ibarat 'Tin' kosong, tiada isi. Tapi, tidak bagi Barisan Nasional (BN). Itulah sedikit maklumat yang IBM dapat ketika DS Rais Yatim  ketika menemui pnduduk-penduduk dari kaum Cina di Jelebu, semalam. Memang ada peningkatan dari segi kehadiran, tapi, keikhlasan mereka samada mereka masih menyokong Barisan Nasional (BN) masih jadi tanda tanya. Walaupun itu tempat kubu kuat parti MCA.


Semasa berucap, belia mencabar pembangkang agar membuktikan yang mereka bersedia mewujudkan program-program yang dapat membantu rakyat daripada hanya berceramah dan bercakap kosong. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata, jika pembangkang terus melakukan pembohongan, mereka akan kehilangan sokongan dan pastinya mereka tidak mampu bersaing dengan kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Kalau mereka ingin bersaing dengan BN, mereka perlu wujudkan program membantu rakyat kerana kalau setakat memberi pendustaan atau menggunakan perkataan sinis, ia pasti dibenci rakyat," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah bangunan MCA Jelebu di sini semalam.
Diharap dengan kehadiran DS Rais di Jelebu, sedikti sebanyak menyuntik para penyokong MCA agar bekerja lebih keras lagi bagi memastikan Barisan Nasional beroleh kejayaan di PRU ke-13 nanti. Kita tak mahu peristiwa 2008 berulang lagi, tiada lagi 'kong ka likong' di antara sama kita didalam Barisan Nasional. Kerana BN untuk semua.
Sekian. Wassalam ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment