KRISIS dalaman PKR Selangor memang dah tak dapat di bendung lagi. Terlalu kritikal. Ini yang memeningkan pucuk pimpinan PKR, apatah lagi 'punahsihat'nya, Anwar Ibrahim. Kalau dulu mereka kata PKR terlalu kuat di Selangor, sukar di gugatkan oleh Umno, kini ianya akan menjadi kenyataan, 'PKR Akan Terkubur' di Selangor dan di seluruh negara. Percayalah. Bayangkan mereka terbelah kepada dua puak. Satu Puak Azmin Ali dan satu puak lagi Khalid gagap. Masing-masing nak menjatuhkan satu sama lain. Elok beno le tu.
Kita semua tahu, krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor yang mula panas bak goreng pisang sejak pertengahan bulan ini bagaikan dah sampai kemuncaknya. Ini apabila Pengarah Strategik PKR Pusat, Rafizi Ramli mengumumkan peletakan jawatanya sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor seperti yang ditulis dalam laman sosial twitternya semalam. Terdapat juga di beberapa blog Pro Kerajaan memaparkan al-kisah Rafizi meletakan jawatanya. Ada juga yang berseloroh, kata Rafizi berbuat demekian setelah kalah berdebat dengan KJ. Betul ke?...hehehe.
Walaupun memberi alasan langkah itu bertujuan unutk berehat, namun blog-blog mengaitkan ia secara tidak langsung sebagai reaksi protes terhadap pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah lama berkrisis dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali. tindakan Rafizi terjadi hanya dua hari selepas Abdul Khalid mengeluarkan kenyataan mempertahankan Faekah yang dikatakan menghadapi tekanan supaya meletakkan jawatan daripada penyokong Azmin. Ramai lagi ke penyokong Azmin Ali ni?
IBM malas le nak komen dan tulis panjang-panjang. Jika diizikan oleh tuhan, panjang umur, kita akan lihat DRAMA kemusnahan PKR ini tidak lama lagi. Bertambah pening kepala Anwar Ibrahim. Oleh itu, sama-sama kita tunggu. Insyallah. Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment