BANGLO Abdul Rahim di Bukit Bandaraya, Bangsar yang dimasuki penjenayah kali ketiga sejak tahun 2006.
JENAYAH ada di mana-mana. Oleh itu kita perlulah berhati-hati samada kita berada di rumah atau pun diluar. Semalam, sebuah banglo milik bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang terletak di Bukit Bandaraya, Bangsar di sini dipecah masuk sekumpulan penjenayah kelmarin. Dalam kejadian itu, suspek dipercayai lebih daripada dua orang melarikan sepucuk pistol jenis Barretta bersama peluru, barang kemas, komputer riba dan wang tunai.
Ketika kejadian, tiada individu di dalam banglo dua tingkat itu. Kejadian disedari oleh anak lelaki Abdul Rahim yang baru sampai ke rumah pada pukul 9 malam dan terkejut mendapati bilik tidur bapanya di tingkat atas terang. Anak Abdul Rahim yang curiga melihat bilik itu terang terus meninggalkan rumah tersebut dan melaporkan kejadian di balai polis.
Sumber berkata, pemeriksaan awal mendapati kumpulan penjenayah itu masuk ke dalam rumah Pengerusi Risda itu dengan memanjat pagar belakang dan memotong jeriji tingkap dapur. "Suspek-suspek kemudian naik ke tingkat atas dan mengumpil pintu bilik utama dan sebuah bilik lain sebelum melarikan pelbagai jenis barangan berharga," katanya.
Apa yang membimbangkan, trend jenayah sekarang ini berbeza dengan jenayah dulu-dulu. Sekarang ini, penjenayah sanggup membunuh mangsa sekiranya wajah mereka di kenali. Memang tidak berperi kemanusian langsung. IBM rasa, apa yang penting, kita sama-sama berbaik-baik dengan jiran kita kerana itu satu langkah yang bijak agar kita dapat berpesan-pesan pada jiran kita untuk tengok-tengokkan rumah kita ketika kita tiada di rumah.
Ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan kadar jenayah seperti pecah rumah dan yang sewaktu dengannya. Insyallah. Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH PADA KOSMO ONLINE UNTUK SUMBER BERITA.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment