KENA lagi. Tapi...tiga ekor penyangak PKR ni masih sukar untuk di humban ke Sungai Buloh. Apa ilmu depa pakai ye? Berita semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali dan Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin semalam dikenakan satu lagi pertuduhan berhubung perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0) di Mahkamah Sesyen di sini.
Dakwaan baru itu menjadikan setiap seorang mempunyai tiga pertuduhan. Pertuduhan hari ini menyebut, ketiga-tiga individu itu didakwa bersubahat dengan R. Tangam, G. Rajesh Kumar dan Farhan Ibrahim @ Alias dan lain-lain penyokong perhimpunan terbabit untuk melanggar perintah Mahkamah Majistret yang dibuat pada 26 April lalu oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir.
Bagaimanapun tiada pemimpin Pas atau DAP yang kelihatan di dalam mahkamah. Inilah yang menjadi buah bualan di kalangan penyokong-penyokong PKR semalam. Mereka merasa amat-amat kecewa dengan rakan kongsi mereka, Pas dan DAP tidak muncul di Mahkamah semalam. Selalunya mereka akan muncul bagi memberi sokongan moral kepada rakan kongsi mereka. Tapi..tidak semalam. Ada sesuatu yang tak kena nampaknya kali ini. Apapun itu hal depa. Boleh mampus le....
Menurut kata Mahkamah, sewaktu perlanggaran perintah itu dibuat bagi tujuan bersama, salah seorang daripada mereka atau lebih telah menggunakan kekerasan dan keganasan. Itulah yang selalu di praktikkan oleh pembangkang. Mereka ingat dengan menggunakan kekerasan akan dapat mengulingkan kerajaan yang sedia ada. Tugasan itu sudah mesti diarah oleh Ketua Pembangkang yang terlalu terdesak untuk memerintah negara dan menjadi Perdana Menteri sebelum dia 'mampus'.
IBM harap kali dakwaaan terhadap mereka lekat dan humbankan mereka ke penjara. Barulah aman sikit negara ini. Dan IBM juga berharap agar rakyat dapat berfikir sejenak, menilaikan siapakah pembangkang yang sebenarnya. Relevankah mereka buat masa ini, saat PRU ke-13 hampir tiba dan berbaloikah menyokong mereka?....fikir-fikirkanlah, kerana berfikir sejenak itu boleh merubah segala-galanya. Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment