Pages

Friday, July 27, 2012

Beli Ijazah Palsu :Tan Sri Dan Ahli Politik Mana Le Yang Kantoi NI?

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (kanan), menunjukkan barang rampasan kes graduan palsu.

IBM hairan kenapa dan mengapa orang yang dah ada nama, banyak duit terlibat di dalam kegiatan haram seperti ini? apa motif sebenarnya? Dan Apa yang mereka mahu?  Atau gatal sangat kerana dah terlalu banyak duit. Apapun jenayah tidak mengenal pngkat, bangsa dan agama, Polis tetap akan menjalankan tugas mereka bagi menyekangan kegiatan seperti ini dari berluasa.  Difahamkan Polis akan mengambil keterangan seorang individu bergelar Tan Sri dan beberapa ahli politik bagi membantu siasatan kegiatan penjualan ijazah palsu universiti luar negara yang didalangi sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Jakri Education Group di Subang Jaya dekat sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya telah mengenal pasti identiti ahli politik dan orang kenamaan terbabit berikutan penahanan dua suspek termasuk dalang kegiatan itu yang merupakan pengarah di IPTS terbabit dalam dua serbuan di Subang Jaya dan Cheras semalam. Tak sabar rasanya nak tahu siapakah mereka-mereka ini?

Apa yang merisaukan IBM, kot-kot Tan Sri dan ahli politik yang di terbabit didalam pembelian ijazah palsu itu adalah orang-orang kita. Malu kita nanti. Apatah lagi PRU ke-13 dan nak dekat, tiba-tiba perkara seperti ini berlaku. Alahai! seronok le pembangkang. Dah tentu mereka akan jadikan isu ini sebagai modal mereka untuk berkempen dan akan meracuni pemikiran rakyat bahawa kerajaan sekarang ini tidak telus dan macam-macam lagi. Mintak-mintak tidaklah orang kita . Tapi...sekiranya mereka-mereka tu dari kalangan pembangkang, baguslah. Tangkap, dakwa dan humban je ke dalam penjara. 

Apapun, IBM ucapakan syabas dan tahniah kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan anggota-anggotanya kerana dapat menumpaskan kumpulan penjualan ijazah palsu ini. Kepada yang terlibat tu, selepas ini bertaubatlah. Carilah rezeki dengan cara yang betul (halal) dan jangan jadi rakyat sebagai mangsa semata-mata hendak mencari kekayaan. Cukuplah tu. Sekian dulu dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment