Pages

Thursday, July 26, 2012

Perkampungan Ramadan 'ARTIS' Jadi Tumpuan. Ustazah Abby Mesti Jelous Habis Ni....

SERINA menunjukkan biskut raya di gerainya di Perkampungan Ramadan Artis bersebelahan Bukit Jalil Nite Walk, Kuala Lumpur kelmarin.
KEMERIAHAN Perkampungan Ramadan Artis bersebelahan Bukit Jalil Nite Walk di sini menjadi tumpuan orang ramai yang bukan sahaja mahu mendapatkan juadah berbuka puasa tetapi juga bertemu selebriti pujaan masing-masing. Program anjuran Barisan Artis Nasional (Bran) yang dipengerusikan oleh Datuk AC Mizal, bermula sejak 20 Julai lalu sehingga 19 Ogos dari pukul 4 petang hingga 8 malam.

Perkampungan itu merupakan cetusan idea artis yang mahukan kemeriahan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri disambut bersama peminat yang tidak mempunyai kampung halaman selain tinggal tetap di Kuala Lumpur. Antara yang membuka gerai di situ ialah pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan yang menjual biskut raya berharga sekitar RM25 hingga RM35 setiap pek. Katanya, biskut yang dibuat sendiri dijual menggunakan mentega sepenuhnya bagi menambah keenakan dan gebu.
“Saya jual 10 jenis biskut dengan paling laris ialah tat nenas, kacang, coklat rangup dan nestum,” katanya ketika ditemui kelmarin. Pelakon drama, Ema Akma pula menjual ayam percik menggunakan resipi campuran rempah ratus istimewa.“Ayam percik yang saya jual rasanya sedikit manis dan pedas. Keenakannya terletak pada kuah yang dibuat sendiri tidak terlalu berwarna merah tetapi pekat. “Setiap satu dijual pada harga RM3.50,” katanya.
Lain pula dengan penyanyi dan pelakon, Eida Moin yang memilih untuk membantu keluarganya menjual masakan popular mereka iaitu sotong kangkung, yong tau fu dan air soya. “Ini merupakan perniagaan keluarga saya tetapi saya turun padang membantu kerana bila Ramadan, memang tidak menang tangan melayan pengunjung. “Air soya kami juga berbeza kerana kami meletakkan ais yang dibalut plastik supaya rasa lemak soya kekal lama,” jelasnya.
Bintang Akademi Fantasia 4, Farhan pula menjual kira-kira 20 jenis biskut raya buatan sendiri. “Saya minat buat biskut sejak kecil lagi. Saya akan mula membancuh adunan bermula lepas sahur sampai waktu berbuka,” katanya. Katanya, antara jenis biskut yang dijual adalah coklat pizza, makmur Sabah dan mama carry pada harga RM25 hingga RM28. Selebriti lain yang turut berniaga di situ ialah Salamiah Hassan, Watie Elite, Azza Elite, Muhammad Mentor, Ayu One In A Million, Maya Matahari dan Riot Kool.
Berdasarkan cerita dan berita di atas tu, memang meriah kerana segala penat lelah artis yang berniaga dan menambah rezeki di bulan yang mulia ini, iaitu di bulan Ramadan mendapat sambutan yang menggalakan dari para peminat tempatan. Kalaulah Ustazah Abby Abadi yang sedang meroyan tu tahu dan dengar cerita ini, dah tentu dia meroyan lagi dan lagi. Apapun IBM nak ucapkan tahniah kepada Datuk AC Mizal di atas usaha gigih yang beliau usahkan. Teruskan Datuk. Kami peminat-peminat sekalian, sentiasa di belakang dan akan memberi sokongan yang padu demi untuk menaikkan nama-nama artis tempatan.
Cuma, ada yang tertanya-tanya, jadi ke DEBAT bersama Abby Abadi yang Datuk cadangkan tu, dan adakah Abby memberi respon terhadap cabaran yang Datuk kemukakan tu?....kan apa Datuk, kami harap jika debat itu jadi, kami nak Datuk taruh cukup-cukup Abby tu yang kononnya dah naik tarafnya kepada 'USTAZAH'  setelah menyertai Pas dan juga dah konform masuk SYURGA. Kebelakangan ni, Abby dibelasah teruk dan ceritanya terpapar di dalam blog-blog pro kerajaan hampir setiap hari. Padan mu ko Abby. Ko carilah rezeki dengan berceramah di bulan Ramadan ini bersama Pas. Mudah-mudahan rezeki halal kamu bersama Pas tu bertambah, maka senanglah kamu masuk syurga seperti yang Pas janjikan..
Setakat ini dulu dari IBM. Masa berbuka puasa dah hampir tiba ni. Nak prepare apa yang patut. Tulang ni mesti ringan sikit, tolong-tolonglah isteri di dapur tu. Jangan asyik memerap di depan komputer tu. Selamat berbuka puasa kepada semua.!! Ikhlas ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. cari rezeki ada di mana2 pun, x perlu nk tunggu gulingkan kerajaan baru nak cari rezeki yg halal :)

    ReplyDelete
  2. Salam Rosnlena,

    Betul tu. IBM setuju dgn pendapat u. Tak payah sampai nk guling kerajaan. Tapi pastikah Abby bila pembangkang ambil alih kerajaan yg ada, beliau akan mendapat perkerjaan, atau Abby sendiri yg akan berguling-guling nanti kerana JANJI TIDAK DITEPATI.....harap-harap Abby sedarlah....

    ReplyDelete