KENYATAAN Tun Dr Mahathir di dalam malaysiakini mengundang kemarahan para pencacai-pencacai Anwar Ibrahim dan para pembaca fanatik mk. Tapi, bagi IBM, kenyataan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri itu memang ada asanya. Katanya, elok benarlah dia (Anwar) tu 'bersara', kerana Anwar tu memang tak ada guna langsung. Bak kata orang negeri, buat mengabihkan boreh jo.
Biasalah bila tun bercakap, mulutnya berbisa sikit. Memang panas telinga mendengarnya. Apa taknya. Tun mencadangkan, ujudkan dua jawatan Perdana Menteri, bagi satu kat Anwar iaitu 'Honour Prime Minister' , tak lama, 5 hari, lepas tu dia boleh bersara. Maka, tidaklah dia (Anwar) kempunan untuk menjadi Perdana Menteri. Bila dia mati nanti, tertutuplah matanya.
Para pembaca nak tahu apa reaksi para pencacai-pencacai Anwar dan mk tentang kenyataan Tun M tu?....IBM malas nak komen banyak-banyak. Korang bacalah sendiri malaysiakini hari ini, dan berfikirlah sejenak, kerana berfikir sejenak itu boleh merubah segala-galanya. Sekian dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.
No comments:
Post a Comment