Pages

Saturday, July 7, 2012

Orang PAS Dah Lupa Ke Masjid Semata-Mata Untuk Ke Putrajaya...Takbirrrr!!

INI bukan cerita atau berita yang direka-reka. IBM tak suka nak cerita yang bukan-bukan, tapi cerita ini datangnya dari mulut pemimpin Pas sendiri. Ianya keluar dari mulut Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan sendiri iaitu, Datuk Mohamed Daud (gambar). Beliau kesal dengan sikap kebanyakan pimpinan dan ahli Pas yang ghairah untuk ke Putrajaya sedangkan agenda dakwah sebenar dalam masyarakat seperti dipinggirkan.

Beliau yang juga bekas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat berkata, orang Pas sepatutnya memenuhi masjid dan mengadakan lebih banyak program dakwah serta pendidikan, bukannya merancang untuk merampas kekuasaan negara semata-mata. Beliau berkata, lebih banyak masjid kini termasuk di Kelantan semakin suram tanpa agenda tarbiah sedangkan dalam sejarah Nabi Muhammad SAW telah meletakkan masjid sebagai pusat penting untuk menyuburkan agama.

"Kita sepatutnya menghidupkan masjid terlebih dahulu, kuasai masjid sebelum kita ghairah mahu berkuasa di Putrajaya," katanya. Ini jelas menunjukkan perjuangan Pas sekarang memang sudah lari dari landasan yang sebenar dan juga perjuangan asal mereka. Tapi....bagi IBM elok jugalah tu. Tuhan bagi depa buat banyak-banyak dosa, kejar kebendaan dalam dunia ini.  Dulu orang Pas kata orang Umno mengejar kebedaan dan kekayaan dunia, tapi dah terbalik, mereka pulak yang begitu.

Dan, peluang ini harus di ambik iktibar oleh orang-orang Umno. Ayuh jom kita penuhkan setiap ruang Masjid dan Surau. Tunjukkan pada orang-orang Pas ini bahawa kita orang-orang Umno tidak lupa pada Masjid rumah Allah, bukannya hanya nak berpolitik dan ingin merampas Putrajaya seperti apa yang di idamkan oleh pemimpin-pemimpin Pas. Pemimpin-pemimpin Pas sudah lupa dan mudah lupa akan perjuangan asal mereka.

Sekian dari saya yang benar ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment