Pages

Friday, July 27, 2012

Lagi Janji Kosong Dari Pembangkang (PKR). Nak Turunkan Harga Proton Pulak

CUBA anda semua lihat betul-betul wajah si Rafizi ni. ada yang kata jambu. Itu sebab Anwar Ibrahim sayang sangat pada dia. Tapi...disebalik jambunya itu, beliau adalah seorang yang telah di ajar membuat janji-janji kosong, pembohong, penfitnah dan apa lagi nak di copkan si Rafizi ni. Tuhan je lah yang tahu. Melalui si jambu ni, PKR membuat janji lagi dan lagi bagi mengaburi mata rakyat. Terkini, didalam akhbar Malaysiainsider, Rafizi berkata, PKR akan menurunkan harga kereta Nasional, Proton, sekiranya mereka di beri mandat dan memerintah negara ini. Janji lagi...dah tentu janji kosong. 

Mengikut kata Rafizi ni lagi, harga Proton boleh di turunkan sekiranya duti eksais kereta di mansuhkan. Habis, bagaimana dengan pendapatan Kastam dan Negara sekiranya duti tersebut di mansuhkan?....mana Kastam nak dapat duit bayar gaji kaki tangannya nanti? Apa bodoh punya cadangan yang si Rafizi buat ni?  Kata pakar Strategik, Pengarah pulak tu, tapi, idea kosong, hampeh. Idea yang di beri tu hanyalah untuk melingkupkan pendapatan negara. Nak tahu kebodohan si Rafizi ni KLIK DISINI . Bacalah dan anda semua nilaikanlah. 

IBM cuma nak ingatkan kepada semua, terutamanya orang-orang Selangor, janji pembangkang di Selangor dan beberapa negeri yang mereka tawan di PRU ke-12 dulu, masih banyak yang tertunggak. Sampai la ni belum di tunaikan. Maka, IBM merasakan janji yang cuba di buat oleh si Rafizi, Pengarah Strategik PKR Selangor ini, hanyalah gimik politik dan juga gimik pilihan raya. Memang, pembangkang cukup pakar di dalam hal berjanji.

Maka, IBM menyeru kepada semua, fikir-fikirkanlah. Jangan tersalah pilih lagi di PRU ke-13 nanti. Kerana kesilapan yang lampau membuatkan kita merana sehingga tak terkata. Itu je le yang IBM nak sampaikan. Sekian. Wasallam ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment