Pages

Friday, July 27, 2012

Syukur!!. Operasi Keluarkan Pelajar Malaysia Di Syria Selesai...



SYUKUR ALHAMDULILAH semua pelajar Malaysia di Syria yang terlibat dalam proses evakuasi telah berada di tanah air dengan kumpulan terakhir tiba pada Khamis. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata sebanyak 130 pelajar berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik, Syria dan daripada jumlah itu 107 dibawa pulang oleh kerajaan. “Seramai tujuh pelajar pulang ke Malaysia atas inisiatif sendiri, lapan pelajar sedang bercuti atau berada di luar Syria dan lapan lagi masih bertegas untuk kekal di sana,” katanya dalam kenyataan, di sini Jumaat.
Sabtu lepas, Anifah dilapor berkata kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk memulakan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria pulang ke tanah air dengan segera memandangkan pergolakan yang semakin meruncing di negara itu. Kumpulan pertama sebanyak tujuh pelajar selamat tiba di tanah air pada Rabu lepas manakala kumpulan terakhir membabitkan 100 pelajar tiba, Khamis. Mengulas mengenai ekspatriat Malaysia di Syria, Anifah berkata sembilan orang telah kembali ke tanah air atas inisiatif sendiri manakala seorang masih berada di sana.
Beliau berkata duta dan empat pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik akan kembali dalam masa terdekat. “Sehubungan itu bilik operasi Kementerian Luar Negeri telah ditutup secara rasminya. Sebarang pertanyaan lanjut orang awam boleh menghubungi 03-88874000 pada waktu pejabat dan 03-88874570 selepas waktu pejabat,” katanya.
Kepada lapan orang pelajar yang masih tinggal di sana (Syria), pandai-pandailah jaga diri. Jika terjadi perkara yang tidak di ingini, jangan salahkan kerajaan tidak prihatin, itu adalah kehendak kamu semua, walaupun pihak kerajaan melalui dutanya di sana cuba mengeluarkan semua pelajarnya di sana. IBM rasa yakin, sekembalinya mereka-mereka itu semua dari Syria, sekurang-kurang dapat membuka mata, hati dan minda mereka betapa untungnya kita memiliki sebuah negara seperti Malaysia yang hidup aman dan damai, tanpa apa-apa pertelengkahan yang boleh membawa kepada peperangan.
Bak kata perpatah, hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, tapi, hujan batu itu ada hikmahnya. Dan, mereka pasti rasa selesa dapat menjalankan ibadah puasa dan berbuka dengan tenang, tanpa gangguan, tidak seperti di Syria sentiasa di selubungi ketakutan apabila mendengar letupan dan bunyi mesin-gun di mana-mana. Alhamdulillah, segala-segalanya selamat di Malaysia. Sekian, buat masa ini, IBM ucapkan Selamat Berbuka Puasa Dan Selamat Menjalankan Solat Sunat Terawih. Amin! ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

No comments:

Post a Comment