Pages

Wednesday, July 4, 2012

'Parti Kelentung Rakyat' (PKR) Seleweng RM1b??



OPERASI penyelamat konon. Selamatkan perut depa ada le.  Itulah alasan PKR Selangor ketika pembelian penuh ke atas aset Talam Corporation pada tahun 2009. Tapi...sebaliknya. Rupa-rupanya itu adalah satu penyelewengan oleh Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang didakwa terbabit dalam penyelewengan bernilai hampir RM1 bilion dan ia dikatakan dibuat dengan berselindung di sebalik pelan ‘menyelamatkan’ Talam Corporation Bhd. (Talam) yang dibebani hutang, dua tahun lalu.

Penyelewengan didakwa berlaku dalam dua bentuk iaitu membabitkan pembelian ‘penuh tanda tanya’ ke atas aset Talam berjumlah RM676 juta serta ‘misteri’ ke mana peruntukan RM392 juta yang diluluskan pada 2009 bagi menyelesaikan hutang syarikat itu dibelanjakan. Jelas bahawa Parti PKR ini adalah sebuah parti yang KORAP, haru di tolak oleh rakyat, khusunya rakyat Selangor. Lagi lama mereka memerintah di Selangor ini, tidak mustahil negeri Selangor akan 'muflis'. 

Perkara itu didedahkan Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong (gambar), selepas terkejut apabila mendapat maklumat kerajaan PKR Selangor belum menjelaskan hutang milik Talam ke atas beberapa buah syarikat meskipun bajet sudah diluluskan. Dan...ini adalah satu pendedahan yang harus di pandang serius oleh semua pihak, termasuk rakyat negeri Selangor itu sendiri. Kalau tidak dibendung dan di siasat ianya akan memudaratkan negeri  Selangor itu sendiri.

Cukuplah selama satu penggal PKR dan rakan kongsinya memerintah Selangor, kini, rakyat harus bangkit menentang dan menghumban parti yang telah diamanahkan oleh rakyat negeri Selangor, tapi, mengamalkan KORAPSI. Sudahlah segala janji-janji semasa PRU ke-12 tidak tertunai, kini, mereka ingin menipu rakyat lagi. Sudah tiba masanya rakyat Selangor 'kuburkan' PKR di PRU ke-13 nanti dan nyahkan mereka dari negeri Selangor ini.
Maka, sekali lagi IBM ingatkan, fikirkan sejenak, kerana sejenak itu boleh mengubah segala-galanya. Sekian dari saya ~ IBM 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment