Sepanyol pertahan trofi Euro, Azzurri gigit jari
SEMBANG-SEMBANG BOLA .......
WALAUPUN Euro 2012 telah melabuhkan tirainya, dan juaranya pun telah di nobatkan, tapi...kesan-kesan sampingan masih terasa. Terutamanya penyokong-penyokong kuat Itali. Dan, ramai pengkritik mendakwa Sepanyol menjadikan permainan bola sepak moden tidak menarik apabila tidak membenarkan lawan memegang bola sepanjang Euro 2012. Pasukan itu juga dicemuh penyokong sendiri kerana bergelut menjaringkan gol sama ada di peringkat kumpulan, suku akhir dan separuh akhir.
Tapi....awal pagi semalam, segala-galanya berubah dan dunia menyaksikan bagaimana La Roja menggunakan 'kuasa matador' membenam Itali dalam Final di Stadium Olimpik. Memang Itali bukan lawan Sepanyol. Itali harus belajar lagi di dalam dunia bolasepak. Penyerang sensasinya, Mario Balotelli (gambar kecil) yang diramalkan menjana misi Azzurri hanyut dalam cabaran yang berakhir dengan linangan air mata.
Apapun IBM berasa bangga kerana pasukan yang IBM minati selama ini berjaya menjadi juara. Hidup Sepanyol!!. Sekian dari saya ~ IBM
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment