Pages

Thursday, July 26, 2012

Sabah Dan Sarawak Bukan Lagi 'Deposit Tetap' BN : Kata Penganalisis Politik, Betuk Ke??

Apakah ini betul dan akan menjadi kenyataan??. Sama-sama kita fikirkan

BETUL atau tidak ianya berita yang agak menakutkan jugak. BN mungkin tewas lebih daripada 60 peratus kerusi parlimennya di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang, Begitulah mengikut kata seorang penganalisis politik dari negeri itu. Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok berkata BN mungkin tewas di 14 daripada 22 kerusi yang diwakilinya di negeri tersebut. Kalau betulah kata Pensyarah tersebut, apakah tindakan selanjutnya dari BN negeri dan BN pusat?. Takkan berdiam diri begitu saja?

Katanya lagi, Pembngkang mungkin berpeluang mudah di kerusi seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan. Dan beliau tidak fikir 'Deposit Tetap' yang dimegah-megahkan oleh BN akan kekal. Menurut beliau, merujuk kepada gelaran popular untuk Sabah dan Sarawak yang secara tradisinya menjadi kubu kuat BN, tapi, kini tidak lagi. Ucapan beliau itu di buat semasa beliau berucap di dalam majlis perbicangan meja bulat di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh kluster politik, keselamatan dan hubungan antarabangsa Majlis Proffesor Negara.

Dari situ, IBM dapat nilaikan betapa seriusnya akan kata-kata Pensyarah dari Sabah itu, kerana bukan sahaja beliau anak Sabah, tapi, memang ada fakta-fakta yang membuat beliau bercakap begitu. Oleh itu, kepada BN negeri dan Pusat, buatlah sesuatu, jangan hanya tumpukan perhatian kepada negeri-negri di Semenanjung sahaja, turunlah ke padang di Sabah dan Sarawak. Kepada Perdana Menteri DS Najib, IBM syorkan agar segera membuat lawatan ke Sabah dan Sarawak secara besar-besaran, dekati rakyat di sana dan ambil hati mereka kembali.
Inilah yang digambarkan oleh pengalisis politik. Apakah ianya akan berlaku?

IBM bukan apa, takut Tsunami politik yang berlaku di beberapa negeri di semenanjung yang berlaku pada 2008, tidak berlaku di Sabah dan Sarawak. Tapi...secara realitinya ia sudah pun berlaku kerana kita hilang beberapa kerusi yang penting di Sabah dan Sawarak. Itu adalah amaran dari rakyat di sana yang kononnya inginkan perubahan. Dan...apatah lagi, sejak kebelakangan ini, pembangkang dengan lantang bersuara mereka akan dapat merampas Sabah dan Saawak di PRU ke-13 nanti. 

IBM harap, Barisan Nasional (BN) negeri dan pusat dapat duduk semeja dalam masa terdekat ini, bincanglah apa yang patut. Fikir-fikirkan apa lagi janji-janji yang belum tertunai di Sabah dan Sarawak itu. Buatlah sedikit perubahan dan jangan sampai pembangkang mencurah racun yang berbisa sehingga rakyat menghukum Barisan Nasionl (BN). Fikir-fikirkanlah, kerana berfikir itu boleh merubah segala-galanya. IBM yakin, jika usaha di teruskan, BN akan terus mendapat perhatian dan dekat di hati rakyat.

Itu je lah yang dapat IBM paparkan untuk hari ini, kerana di bulan puasa ni, jejari ni lemah dan malas untuk menaip, tapi, demi perjuangan IBM teruskan jugak. ~ IBM


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment