Pages

Thursday, August 30, 2012

JOM 'Tweetup Merdeka' Bersama PM Malam Ini....

PELUANG untuk bertwitt dengan Perdana Menteri pada malam ini di tunggu oleh peminat dan pemegang akaun 'twitter'. Semua di alu-alukan untuk mengambil bahagian. Dan..ada hadiah 'misteri' menunggu kepada peserta yang Tweetup nya di balas oleh Perdana Menteri. Kata depa le.  Apa hadiahnya, IBM kurang pasti. Apa lagi tunggu, bersiap sedialah anda semua pada malam ini. 

Sementara itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta pengguna laman sosial Twitter agar berhemah ketika menyertai TweetUp Merdeka pada malam 31 Ogos nanti. Walaupun tidak mempunyai kuasa untuk menapis mesej yang dihantar dalam Twitter, beliau berharap pengguna menggunakan perkataan sopan yang melambangkan sokongan kepada Perdana Menteri.

Berhemahlah, jangan kita menggunakan perkataan yang kurang sopan kerana ini adalah hari merdeka. Masa untuk kita menghayati perjuangan negara kita.    "Kalau kita menerima adab timur dan masyarakat yang beradab, saya tidak fikir, mereka akan menggunakan bahasa yang tidak sopan," katanya selepas meninjau raptai persiapan 'Perhimpunan Janji Ditepati' di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. 

Mengulas mengenai persiapan perhimpunan itu, Rais berkata beliau berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh 8,500 peserta yang terdiri daripada 75 peratus generasi belia.  Beliau amat yakin segala persiapan yang dibuat akan berjalan lancar pada malam itu nanti dan berterima kasih kepada para peserta termasuklah ibu bapa, guru, jabatan dan setiap yang terlibat dalam menjayakan acara ini,  katanya.

Akhir kata, IBM harap, gunakanlah kesempatan ini dan gunakan cara yang berhemah ketika hendak bertwitter dengan Perdana Menteri. Bersopan santun itu budaya kita. Moga sambutan hari kemerdekaan ke 55 tahun ini kita sambut dengan penuh keceriaan dan kelainan dari tahun yang sudah-sudah. Amin!!  Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment