Pages

Thursday, August 30, 2012

Isu Lompat Parti : Khalid Dan Anwar Tak Sehaluan..Hancus Pakatan!!!

Apa je le yang di kelentong oleh SESUMPAH tu pada si gagap tu? apapun dua-duanya sama je. Dua x lima, lima x 2.

BAYANG-BAYANG kehancuran Pakatan Haram di Selangor semakin jelas terlihat. Apa tidaknya, Penasihat dan juga ketua pembangkang, DS Anwar Ibrahim di lihat tidak sehaluan dan sependapat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tentang 'Isu Lompat Parti'. Seorang kata A, seorang lagi kata B. Khalid sama sekali tidak bersetuju dengan undang-undang anti lompat parti yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan Pulau Pinang. 

Menurut Khalid, undang-undang itu tidak dapat menyelesaikan masalah lompat parti di antara pemimpin-pemimpin di dalam sesebuah parti. Oleh itu, si Khalid gagap mahu perkara ini dibincangkan secara serius di pucuk pimpinan Pakatan Rakyat. Mungkin Khalid sudah dapat membayangkan bahawa ramai di kalangan pemimpin-pemimpin mereka akan berbuat demekian selepas PRU ke-13 nanti. 

Ini kerana pergolakan di dalam pakatan rakayat, khususnya PKR begitu meruncing, dan ramai yang berpendapat, mereka akan tumbang di PRU ke-13 nanti. Mengikut kata Khalid lagi, undang-undang tidak dapat menyelesaikan 100 peratus perkara itu. Jadi, apa tindakan selanjutnya PKR Selangor dalam hal ini? Manakala di Pulau Pinang, Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, kertas kerja mengenai perkara itu akan dibincangkan di mesyuarat exco negeri di masa terdekat ini.

Bagi pihak Anwar pula, tiada masalah pada dirinya, beliau bersetuju dengan cadangan yang di buat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu, dan bersetuju untuk berbincang dan memperkenalkan undang-undang anti-lompat parti di negeri itu. Tapi.....dari apa yang dikatakan oleh Anwar, bagi sesetangah pihak dan penganalisis politik, undang-undang anti lompat parti yang cuba dipelopori oleh DAP itu dilihat tidak selaras dengan tindakan Anwar yang cuba 'memujuk' beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) supaya berpaling tadah dan mengsiytiharkan diri mereka mesra Pakatan.

Itulah wajah 'sesumpah' (Anwar Ibrahim) yang sebenar. Cakap tak serupa bikin. Hari ini kata lain, besok kata lain. Pandai berkata-kata dan memutar belitkan kenyataan beliau. Akhir sekali, beliau akan menyalahkan UMNO. UMNO juga yang kena. Tapi...itu semua tidak menjadi kenyatan, bukan semua yang dirancangkan oleh Anwar berjaya. Kita imbas kembali pada PRU ke-12, 2008. Perancangan Anwar untuk menumbangkan BN dengan memujuk beberapa orang wakil rakyat BN supaya berpaling tadah pada 16 September 2008, tidak menjadi, tiada mendapat sambutan. Anwar gagal.

Oleh itu, apabila Menteri Besar Selangor menyuarakan tidak setuju dengan cadangan Anwar dan Lim Guan Eng untuk melaksanakan undang-undang lompat parti,  jelas, pakatan rakyat tidak sepakat. Mereka sedang menunggu kehancuran. Bagi Khalid pula, beliau sudah dapat membayangkan bahawa krier politiknya sudah sampai ke penghujungnya. Selagi sesumpah berkuasa dan berpengaruh dalam pakatan, maka sengsaralah hidup dan politik Khalid gagap.

Kesimpulannya, kita tengok perkembangan selanjutnya dan sejauh mana pakatan haram ini boleh bertahan di Selangor dan di beberapa negeri yang mereka kuasai sekarang. Bagi IBM, elok bebeno kedua-dua eko pemimpin PKR ini di singkirkan di PRU ke-13 nanti. Selagi mereka ada, Selangor akan musnah, begitu juga dengan 3 negeri yang mereka kuasai. Hancur!! Sekian tinjauan dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment