Pages

Wednesday, August 15, 2012

Kad Raya Kini Hanya Tinggal Kenangan....

Kad raya yang semakin disisihkan bukan sahaja mempunyai nilai sentimental kepada penerimanya tetapi mampu memeriahkan sambutan Aidilfitri setiap tahun.
MENJELANG Syawal, para ibu sibuk di dapur menyiapkan kuih raya. Ayah pula ke hutan menebang buluh untuk membakar lemang sementara anak-anak dikerah mengemas rumah termasuk menukar langsir dan sarung kusyen baru. Sedang masing-masing sibuk menjalankan 'tugas', kelibat posmen sentiasa dinantikan. Apabila terdengar sahaja hon motosikal atau loceng basikal dibunyikan, menderulah anak-anak ke pintu dengan harapan ada kenalan yang menghantar kad raya.


Rasa seronok bukan kepalang jika ada yang mengirim kad tanda ingatan. Tambahan pula melihat adik-beradik lain ketinggalan dalam 'pertandingan' mengumpul kad raya paling banyak. Detik itu terlalu manis untuk dikenang. Kemeriahan bersama keluarga yang ada antaranya mungkin tidak lagi bersama kita seakan mustahil untuk diulang.

Kini kad raya juga seakan kian dilupakan. Bak kata perpatah, "bila dapat barang baru, yang lama dilupakan.". Manusia memang macam tu.  Peranan sebagai pengganti diri yang dimainkan selama ini sudah diambil alih pelbagai gajet canggih menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), emel serta laman-laman sosial. Tapi, bagi diri IBM, masih lagi menggunakan kad ucapan hari raya dan hantar kepada rakan-rakan yang masih IBM ingat.

Dan.....IBM pun dapat banyak kad raya dari rakan-rakan lama. Terima Kasih IBM ucapkan kepada semua. Insyallah, kalau panjang umur kita jumpa di hari raya nanti. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA dan...berhati-hati memandu bila balik kampung, biar lambat asalkan selamat.  Ikhlas dari saya ~ IBM.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment