DIA ingat dia terer benar. Baru masuk Pas dah memandai-mandai mengelarkan dirinya 'ustazah'. Bila orang nak berceramah, dia pun nak berceramah juga. Padan muka si Abby ini bila dimalukan oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI) di dalam sebuah ceramah baru-baru ini. Kononnya Abby kecik hati bila di sindir oleh Ustaz Azhar.
IBM pernah hadir disebuah ceramah yang dikendalikan oleh UAI. Cara beliau menyampaikan ceramah memang menarik minat orang ramai kerana beliau sering kali menyelitkan unsur jenaka sewaktu berceramah. Tapi....pada hujung minggu yang lepas, semasa UAI menjadi penel utama di sebuah program agama yang mana Abby Abadi turut hadir dan beberapa selebriti termasuk Faizal Tahir dan Man Raja Lawak.
Sindiran UAI yang ditujukan kepada Abby cukup simple. Katanya, nombor satu kita kena jaga, jangan hentam kawan-kawan yang sama-sama dengan kita sekarang yang masih belum berhijrah. Itu yang kena jaga, kata beliau. Secara tiba-tiba Abby bersuara menyekat mesej yang cuba disampaikan oleh UAI. Abby terasa le tu.
Abby tak mahu kalah. Melenting habis dia. Dia menyangkal segala tuduhan yang dibuat oleh UAI. Katanya UAI membuat fitnah, tuduhan itu palsu. Biasalah. Sesiapa yang kenal degan UAI dan selalu mengikut program beliau, pasti tahu cara UAI. Jadi, di sini kita boleh mengambil kesimpulan bahawa Abby memang tak layak bergelar 'ustazah' dan Abby sepatutnya tidak seharusnya cepat 'melatah' dengan mesej yang disampaikan oleh panel di program malam itu.
Bagi pandangan IBM, elok le Abby belajar lebih mendalam lagi ilmu keagamaan dan bila dan ilmu tu penuh di dada jangan le nak hentam orang je. Ada orang beritahu IBM, Abby ni sebenarnya dah terlalu 'tension'. Maklumlah setelah bercerai dengan bekas suaminya, Norman Hakim, Abby di lihat seperti hilang pendoman. Ada kemungkinan, dia 'gila talak'. Hehehe..faham-faham le maksud IBM tu.
Itu le je yang IBM dengo dari kawan IBM yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa Abby Abadi. IBM tak tahu apa motifnya. Jangan pulak ada yang kata IBM reka-reka cerita ni. Sumpah, tidak. Sekian. Dah hampir masa berbuka puasa. IBM break dulu. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment