Pages

Saturday, August 4, 2012

Limpahan Ganjaran Menanti Chong Wei Jika Rangkul Emas!!

Datuk Lee Chong Wei meraikan kemenangan beliau menewaskan pemain Cina Cheng Long di separuh akhir dengan strait game semalam.

RAKYAT Malaysia kini menaruh harapan tinggi terhadap Datuk Lee Chong Wei yang mara ke pusingan akhir acara badminton perseorangan lelaki untuk membawa pulang emas pertama buat negara pada Sukan Olimpik. Lee yang menamatkan kemarau emas sejak 1996, meraih pingat perak pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing sudah bersedia untuk mencipta kejutaan. Malah beliau turut akan mengukir sejarah sebagai pemenang pingat emas pertama Olimpik untuk negara sejak Malaysia mengambil bahagian dalam temasya BERPRESTIJ itu pada 1956 di Melbourne.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Lee di atas kejayaan tersebut dan menulis di twitternya : "Baru saja bercakap dengan Chong Wei, mengucapkan tahniah kepadanya atas kemenangan hebat! Beritahu beliau supaya mencipta sejarah bagi malaysia dengan memenangi emas." Sementara itu, limpahan ganjaran menanti Chong Wei sekiranya beliau membawa pingat berharga itu termasuk wang tunai RM2 juta dan tambahan RM1 juta dari kerajaan menerusi skim insentif Majlis Sukan Negara (MSN) dan RM1 juta lagi dari Syarikat perabot tempatan, 3V Holdings Sdn Bhd.

Malah, JONGKONG EMAS seberat 12.5 kg bernilai lebih RM2 juta turut ditawarkan oleh Pengerusi Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), Datuk Seri Andrew Kam dan elaun sebanyak RM5,000 sebulan kepada pemenangan pingat emas Olimpik negara sepanjang hayatnya. Lee diangkat sebagi hero negara oleh Najib di atas kejayaannya merangkul pingat perak pada Sukan Olimpik 2008 dan kerajaan Pulau Pinang menghadiahkan gelaran Datuk kepadanya. Di atas kejayaan itu, Chong Wei memperolehi wang tunai RM300,000 dan elaun sebanyak RM3,000 sebulan sepanjang hayatnya.

Sementara itu, pemilik Restoran Original Kayu Nasi Kandar Pulau Pinang, Burhan Mohamed menawarkan hidang percuma kepada pelanggannya sekiranya Datuk Lee Chong Wei memenangi pingat emas. Katanya, sekiranya Lee menang, beliau akan mendapat wang dan jongkong emas, namun, rakyat dan peminat di Malaysia yang menyokongnya perlu mendapat sesuatu. Maka, katanya, beliau akan memberi makanan percuma kepada pelanggan untuk meraikan kejayaan itu nanti. Sekiranya Lee memenangi pingat emas, pelanggannya akan menikmati set hidangan termasuk minuman kordial antara pukul 7 malam hingga 10 malam di Restoranya di SS2. Apa lagi jom kita kesana. 

Sebelum itu, marilah kita beramai-ramai mendoakan agar Datuk Lee Chong Wei berjaya meraih kemenangan emas pertama di sukan Olimpik. Itulah rintihan dan kehendak para peminat di seluruh negara. Ayuh Lee, tunjukkan kejaguhan dan semangat kesukanan mu yang tinggi, kami di sini sentiasa memberi sokongan padu dan kamu tidak keseorang di London kerana peminat-peminat setia mu ada di sana dan sokongan dari peminat badminton dari negara luar pun bertambah. SELAMAT BERJUANG DATUK LEE CHONG WEI!!!.Sekian dari saya, majulah sukan untuk negara. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment