Pages

Saturday, August 4, 2012

PAS Kelantan Ceduk Idea Kerajaan Pusat. Bagi Bonus Setengah Bulan. Nak Beli Undi Le tu. Pok Nik, Pok Nik.....

BILA kita kata depa (Pas) ceduk idea dari kerajaan Pusat, depa mesti marah, melenting habis. Tapi...mememang betui pun. Apabila Perdana Menteri, DS Najib mengumumkan setengah bulan gaji dan minimun RM500 bonus untuk kaki tangan awan sempena Hari Raya Aidil Fitri, tiba-tiba je Pas mengumumkan perkara yang sama. IBM bukannya dengki, tapi, nampak beno Pas ketandusan idea dan suka mencempelak idea dari orang lain.

Nampak bebeno Pok Nik terdesak kerana gelombang 'peralihan angin' sedang bertiup kencang di Kelantan. Rata-rata, penduduk di Kelantan sudah bosan dan hilang sabar dengan kerajaan yang sedia ada iaitu, Pas. Melebehi 22 tahun Pas menerajui negeri Kelantan, masih di tahap lama, tiada perubahan dari segi pembangunan dan peluang-peluang pekerjaan di Kelantan.

Ramai rakyat Kelantan berhijrah keluar ke negeri-negeri yang lain untuk mencari rezeki kerana tiada peluang pekerjaan yang ada di Kelantan. Ibarat sudah jatuh di timpa tangga. Begitulah nasib yang menimpa rakyat kelantan, kerana kini mereka menghadapi krisis air yang paling-paling kritikal. Sampai la ni, kata orang utara, kerajaan negeri yang di ketuai oleh Tok Guru Nik Aziz belum dapat mengatasi masalah tersebut. Apa Pok Nik nak lihat rakyatnya mati kehausan baru nak bertindak? Fikirlah sendiri wahai Pok Nik ooi.

Berbalik pasai Bonus Hari Raya tadi, berita terkini,  kerajaan negeri Kelantan meluluskan bonus Aidilfitri setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 bagi kakitangan awam. Orang no 1 Kelantan, Menteri Besarnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau bersetuju dengan pemberian bonus itu bagi menampung keperluan sempena hari raya. Katanya, “Saya baru sahaja bersetuju dan mendatangi surat tersebut.” Persolannya, kenapa baru sekarang Pok Nik ooi??

Ini kerana bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam dan bayaran khas RM500 untuk pesara kerajaan yang dibayar pada 9 0gos ini. Maka, untuk menjaga hati rakyat, apatah lagi dah dekat nak PRU ke-13 ni, maka Pas terpaksalah korbankan duit yang ada untuk membeli hati pengundi-pengundinya. Memang inilah cara Pas untuk mendambat hari rakyatnya. Tapi....tak bermakna Pas boleh kuasi semua hati para pengundi. Kita tunggu di PRU ke-13 nanti.

Sementara itu, IBM difahamkan Kerajaan negeri Selangor pula menambah RM200 dari bonus dengan memasukkan wang itu sebagai simpanan. “Bagi yang beragama Islam, wang ini akan dimasukkan dalam Simpanan Tabung Haji manakala bukan beragama Islam akan diberikan dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN),” umum Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan pada Khamis lepas. Betul ke tidak kita tunggu nanti akan kebenaraanya kerana kerajaan Selangor di bawah naungan Pakatan Rakyat memang terkenal dengan janji-janji manisnya. Bila tiba masa dan ketikanya, janji hanya tinggal janji, janji kosong semata-mata.

Biarkan mereka berjanji. Kita Barisan Nsional (BN) teruskan perjuangan kita. Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengotak janji-janji seperti slogan JANJI DITEPATI. Slogan inilah yang membuat pembangang kecut dan mula rasa gundah gelana kerana BN lah satu-satunya parti yang prihatin dan membela nasib rakyat. Insyallah. Ikhlas dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

No comments:

Post a Comment