Pages

Monday, August 27, 2012

Liverpool Kempunan 3 Mata Penuh. Man.City Tarik Nafas Lega

SEMBANG-SEMBANG BOLA..........

Martin Skrtel (kiri) melakukan tandukan yang menghasilkan gol pertama Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Manchester City di Anfield, malam tadi.
JUARA bertahan, Manchester City menafikan hasrat Liverpool untuk meraih tiga mata penuh apabila dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk seri 2-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Anfield, malam tadi. Skuad Brendan Rodgers mendahului menerusi tandukan pemain pertahanan, Martin Skrtel pada minit ke-34 hasil sepakan sudut Steven Gerrard.


Yaya Toure kembali meletakan City seimbang menerusi rembatan kencang dari dalam kawasan penalti pada minit ke-63, hasil hantaran silang Carlos Tevez, yang gagal dikeluarkan pemain Liverpool Martin Kelly. Skuad Reds sekali lagi mendahului menerusi sepakan bebas menarik Luis Suarez minit ke-66. Namun kesilapan Skrtel yang cuba memberikan bola kepada penjaga gol, Pepe Reina mengundang padah apabila bola disambar Tevez untuk jaringan penyamaan City pada minit ke-80.

Apa nak dikatakan. Ketika 3 mata hampir ditangan, tiba-tiba sedikit kesilapan memusnahkan The Reds untuk mengutip 3 mata penuh. Nak salahkan siapa? Kecewa, memang kecewa. Itu yang dirasakan setiap peminat Liverpool, termasuk IBM sendiri. Apapun bola itu bulat. Perjalanan masih jauh lagi. Insyallah, Liverpool akan bangkit selepas ini. Ikhlas dari peminat setia The Reds ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment