Saturday, August 11, 2012

Penumpang Cemas!! Monorel Terkandas Di Brickfields...

PASUKAN bomba memberi bantuan kepada penumpang yang terperangkap di dalam tren monorel berhampiran Wisma Monorel di Jalan Tebing, Brickfields, Kuala Lumpur semalam.


Beberapa Penumpang Cuba Dikeluarkan Daripada gerabak

PERKHIDMATAN monorel RapidKL terkandas secara tiba-tiba pada pukul 2 petang apabila sebuah gerabak berhenti di depan flat Brickfileds. Apa lagi, cemas le seketika penumpang-penumpang di dalamnya. Terdapat seramai 163 orang penumpang semasa kejadian itu berlaku. Bagaimanpun para penumpang dapat diselamatkan dan dipindahkan ke  gerabak lain dengan menggunakan skylift. Syukur alhamdulillah. 


 Skylift Bomba Digunakan Untuk Mengeluarkan Para Penumpang Yang Terkandas Di Monorel Tersebut.

Difahamkan, seorang wanita yang sedang sarat mengandung pengsan manakala dua lagi penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki ekoran terkena kaca yang pecah. Ketiga-tiga mereka dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil.


Pihak RapidKL bila di hubungi memberitahu, mereka sedang meneliti punca gerabak itu terkandas. Mujurlah tidak ada yang serius di dalam kejadian tersebut. IBM belum lagi pernah menaiki monorel ni. Takut pula rasanya nak naik. Mana le tahu, kot-kot berlaku lagi. Sebelum berbuka puasa tadi, IBM hampir-hampir cemas kerana terkandas di trafik jam, hampir-hampir tak sempat berbuka puasa di rumah.

Tapi.....akhirnya sampai juga dan berbuka bersama famili. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...