NAJIB menerima kunjungan hormat Asif Ali (kanan) sempena persidangan kemuncak luar biasa OIC di Mekah semalam.
CUBA kita tengok gambar di atas tu. Segak dan bergaya Perdana Menteri kita ni. Kalau nak dibandingkan dengan ketua pembangkang, si Anwar Ibrahim tu, jauh jurangnya. Rupa, gaya, imej dan serba serbi kelebihan pada Perdana Menteri kita, DS Najib. Anwar pulak di lihat begitu lesu, kelihatan lebih tua dari usianya. Pendek kata, tak ada style langsung. HAMPEHH!!.
IBM tertarik dengan berita dari Mekah bahawa Perdana Menteri kita begitu komitted dan telah banyak memberi idea-idea yang bernas di persidangan negara-negara Islam (OIC). Beritanya lebih kurang begini :
DILAPORKAN dari Mekah – Malaysia akan menyatakan pendirian tegas terhadap isu di tiga negara Islam pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di sini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, ketiga-tiga isu itu ialah pergolakan di Syria, pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan isu penindasan umat Rohingya di Myanmar.
Najib berkata, beliau akan menyentuh isu-isu itu dalam ucapannya awal pagi ini dan seterusnya menyatakan pendirian Malaysia. Katnya lagi, Malaysia akan menyokong cadangan untuk menggantung keanggotaan Syria dalam OIC kerana keadaan di negara itu telah meruncing sehingga rakyat kehilangan nyawa dan harta benda. Ketika ini, Perdana Menteri mengetuai delagasi negara pada sidang kemuncak luar biasa itu yang bermula kelmarin. Harap sidang tersebut akan mendapat kejayaan. Insyallah.
Wajah seorang yang bercita-cita untuk memimpin negara. Tapi...moralnya bagaimana?
Kita ucapkan setinggi tahniah kepada Perdana Menteri kita yang begitu bersungguh bagi menyelesaikan 3 isu yang agak penting, dan IBM percaya DS Najib boleh lakukan. IBM fahamkan DS Najib begitu popular di kalangan Menteri-Menteri yang hadir di persidangan Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali ini.
Bertuah kita dapat seorang Perdana Menteri yang begitu Komitted dengan kerjanya dan di negaranya sendiri, beliau telah menjalankan tugasan beliau dengan baik sekali. Segala janji-janjinya pada rakyat di tunaikan, 'TRANSFORMASI' yang diilhamkannya berjalan dengan baik. Ini yang membuat pakatan pembangkang dengki dan cuba menjatuhkan 'imej' Perdana Menteri dengan mencari dan mengorek isu-isu yang telah lapuk. Yalah, nafsu nak menawan Putrajaya meluap-luap di kepada pembangkang ni.
IBM rasa kesian tengok ketua pembangkang seko ni. Cuba tengok gambarnya yang di atas tu. Cengkung, kurus dan tak berseri langsung mukanya. Adakah muka seperti itu layak menjadi Perdana Menteri yang seterusnya?.....Ehmmmm..korang jawap le sendiri. IBM tak nak masuk campur. IBM ada jawapan IBM sendiri. Mohon diri dulu. Waktu berbuka dan nak dekat ni. Wasallam. Ikhlas dari ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment