Pages

Friday, August 17, 2012

Sah!! Pok Nik Mengidap 'Alzheimer'..Tak Lama Lagi Le Tu.....


SELANG sehari Pok Nik membuat kenyataan agar Ustaz Nasharuddin Mat Isa keluar dari Pas ekoran dilihat bersama Perdana Menteri, DS Najib, tiba-tiba hari ini dia buat pusingan 'U', nafi pernah menggesa bekas Timbalan Presiden parti itu meninggalkan Pas. Putar alam betui si tua bangka ni. Memang, memang lidah dia ni bercabang mengalahkan ular.

Apabila Pok Nik berkata sedemikian, maka sahlah Pok Nik ni ada mengidap 'Alzheimer' iaitu penyakit orang yang dah berumur macam Pok Nik ni. Penyakit Alzheimer ni merupakan sejenis penyakit fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Juga penyakit ini  sejenis masalah kesihatan yang amat menyeksakan dan perlu di berikan perhatian. Dan ianya diibaratkan adik kepada penyakit 'nyanyuk'.

Maka, IBM berpendapat, elok beno le Pok Nik berihat, dan kalau boleh lepaskan jawatan Menteri Besar tu dan bagi je le pada orang lain yang berkemampuan. Ada juga cerita-cerita yang Pok Nik begitu tertekan dengan pemasalahan yang begitu serius di dalam parti Pas. Pas sudah goyah, ramai pengikut-pengikutnya sudah hilang minat dan percaya kepada perjuangan Pas. Kapal Pas akan karam sekiranya masih bersama Pakatan Rakyat.

Yang Ini Pok Nik Kata Lain Pulak. Memang Dasar Lidah Bercabang.
Kepada Ustaz Nasha, sekiranya berminat nak masuk Umno, sila-silakanlah. Walaupun ada membuat statment yang beliau tidak akan masuk Umno. Itu mungkin cakap-cakap politik. Malu kot atau belum bersedia. Bagi Umno, itu tidak menjadi hal. Sesiapa sahaja boleh masuk Umno, tapi...biarlah ikhlas dan tahu hala tuju perjuangan Umno, bukannya mengejar kebendaan.

IBM nak tengok apa pulak yang kan terkeluar dari mulut Pok Nik sekiranya Ustaz Nasharuddin benar-benar masuk Umno? Mencarut, mencaci...kita tunggu dan lihat. Pok Nik, jagan kesihat tu, jangan sampai ianya kritikal. Tak ada Pok  Nik nanti, tak ada cerita yang karut-karut keluar dari mulut Pok  Nik pulak. Sunyi kami nanti. Hehehe. Sekian. Wasallam. Ikhlas dari ~ IBM.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. Pok Nik jadi pelupa dan cakap berbelit-belit tu semua angkara SALAH UMNO.

    Kalau dia terus hilang akal pun nanti kerana terlalu banyak MENYALAHKAN UMNO.

    Lebih kurang macam tu lah! Dah tua ...

    ReplyDelete
  2. Salam Meow Bergaya,

    Betul tu. I agree 100% dgn u. Semuanya salah UMNO. Apapun biarlah dia dgn perangai 'nyanyuk' dia tu. Dah tua le katakan......

    ReplyDelete