Pages

Friday, August 17, 2012

Rumah Terbuka DS Najib Dan Kabinet Di Seri Perdana Pada Hari Raya Pertama


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersama anggota jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri pada hari raya pertama di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya mulai 10.30 pagi hingga 4 petang.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri hari ini, orang ramai dinasihatkan menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan secara percuma bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Sebanyak 16 bas disediakan dari 10.30 pagi hingga 6 petang di empat lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Park and Ride Presint 1, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Orang ramai disaran menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang terdapat di empat lokasi itu pada setiap 15 minit .
Menurut kenyataan itu lagi, Najib yang juga merupakan anggota Parlimen Pekan, Pahang akan mengadakan rumah terbuka di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan pada 26 Ogos bersamaan Ahad mulai 10 pagi hingga 2 petang.
________________________________________________________________
Kepada sesiapa yang tak balik Kg tu boleh berkunjung ke majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri tu. Mesti penuh sesak punya. Bukan senang nak berjumpa dengan PM kita tu. Pi jangan tak pi. IBM teringin jugak nak pi, tapi, kampung dah melambai-lambai suruh balik, terpaksa le balik. Apa nak buat. Kepada rakan-rakan yang balik Kg tu, IBM nak ingatkan supaya berhati-hati bila memandu. Jaga keselamatan semua keluarga kita. Pandu perlahan, biar lambat asalkan selamat. 
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment