Pages

Wednesday, August 29, 2012

Saya Tolak HUDUD Bersebab, Kata Tun M

SATU ketika dulu, semasa beliau menjadi Perdana Menteri, bermacam-macam tomahan yang dilamparkan pembangkang terhadap Tun Mahathir. Ada yang kata beliau diktator, Mahafirun dan bermacam-macam lagi. Dan, termasuk jugalah isu HUDUD yang kononnya Tun Mahathir tolak mentah-mentah dan tidak akan dilaksanakan di negara ini, termasuk di Kelantan dan Terangganu.

Rupa-rupanya penolakan Tun Mahathir akan perlaksanaan Hudud yang di war-warkan oleh Pas ada sebabnya. Menurut Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau selama ini hanya menolak hukum hudud yang diperjuangakan Pas dan tidak pernah sesekali menolak hukum syariah seperti yang terkandung dalam ajaran Islam. Ini kerana hukum hudud yang diperjuangkan parti pembangkang  (Pas) itu cenderung untuk berlaku tidak adil kepada masyarakat Islam di negara ini.

Sebagai contoh, dibawah 'hudud Pas', seseorang beragama Islam yang didapati bersalah mencuri akan dipotong tangan sementara bagi bukan Islam akan hanya dihukum penjara sekiranya didapati bersalah. Itulah Hudud Pas. Sebab ketidak adilan itu mendorong Tun Mahathir tidak menyokong hukum hudud Pas itu, kerana tak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, ia tidak Islam, kerana Islam menuntut supaya setiap hukuman yang nak di kenakan adalah hukuman yang adil dan seadil-adilnya.

Potong tangan antara hukum yang dikenakan dalam hukum hudud. Orang kafir boleh terima ke hukuman ini?

Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada mengeluarkan kenyataan di lidah rasmi parti itu, HarakahDaily, Pas tidak memaksa orang bukan Islam untuk menerima hudud sama seperti mereka tidak dipaksa memeluk Islam. Kesitu pulak ceritanya. Apa punya banggap si Hadi Awang ni. Dan...munkin itu adalah salah satu ciri-ciri atau hukum hudud Pas. Agaknya le.

Begitu juga dengan Mursyidul Am mereka, Datuk Nik Abdul Aziz yang membuat kenyatan, kalau tak silap tahun lalu, akan memberi jaminan bahawa hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuat kuasakan ke atas bukan Islam. Itu juga adalah antara hukum-hukum hudud Pas.  Pendek kata, memang tak boleh pakai hukum hudud yang nak dilaksanakan oleh Pas. Itulah sebab Tun Mahathir menolak akan perlaksanaan hukum hudud Pas. Ini jelas, bukan salah Tun Mahathir. Pas sendiri yang syok sendiri.

Ada lagi beberapa orang yang handal-handal dan tinggi ilmu keagamaan, lebih bagus dari pemimpin-pemimpin Pas menjelaskan, hukum syariah termasuk hudud menekankan keadilan ke atas semua pihak dan ia seharusnya terpakai ke atas umat Islam dan bukan Islam dalam sesebuah negara. Pas, ada faham kah?

Kesimpulannya, hudud yang di perjuangkan Pas selama ini, adalah hudud yang menyerumus kepada kejahilan Pas itu sendiri, cuba nak memperbodohkan umat Islam di negara ini, tapi....sebenarnya mereka (Pas) lah yang bodoh dan buta tuli. Hudud Pas adalah hudud palsu. Hudud yang direka sendiri oleh Pas.   Fikir-fikirkanlah. Selamat beramal. Sekian dari saya ~ IBM

Ingat Mat Sabu Ingat Komunis!!
Ingat Anwar ingat Liwat!!
Ingat PAS ingat Hudud!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

5 comments:

  1. Assalam sofian dan rakan-rakan,
    Saya nak tanya. Hudud sebenarnya macamana bila menghukum? Satu orang Islam dan satu orang kafir mencuri benda yang sama, di tempat yang sama dan disaksikan oleh saksi yang sama. Hudud hukum macamana ya? Mohon jelaskan kerana saya benar-benar ingin faham keadilan hudud yang sebenarnya...letak tepi dulu politik pls...

    ReplyDelete
  2. Salam Zalie,

    Mengikut apa yg saya baca dalam buku dan dgr dari ceramah2 agama yg di kendalikan oleh uztaz2 (bukan ustaz Pas), apabila hendak menjatuhkan hukum hudud di atas kesalahan 'mencuri', pertamanya mesti ada 2 org saksi yg mempunyak latar belakang agama (warak). Andai kata pencuri tersebut seorang org Islam dan seorang lagi org kafir, pemafaman dlm hudud kedua-duanya mesti di jatuhkan hukuman 'potong ' tangan. Tiada pilih kasih dan org kafir di jatuhkan hukuman ringan.

    Itu baru hukuman hudud yg sebenarnya. Bukan apa yg diterangkan oleh Pas hanya org Islam sahaja yg di hukum potong tangan, org kafir di hukum penjara. Itu hukum hudud Pas. Untuk melaksanakan Hudud, dalam Islam menerangkan hukuman adalah sama adil, tak kira agama. Itu adalah hukum hudud dalam Islam yg sebanarnya. WA...

    ReplyDelete
  3. Assalam tuan,
    Itulah point sebenar Tun. Hudud pas bukan islamic. Tun memang dah lama tolak hudud pas. Tun tidak pernah buat U turn mengenai hudud ini. Hehehe..mana komen si Sofian tadi? Bila Tun kata tolak "hudud pas"` dia kata kita tak paham hudud pulak. Hudud sebenar yang mengikut Islam adalah benar dan suci. Yang dibawa oleh pas tu yang tak betul. Claim itu hudud, bila orang kata salah dia ingat dia je tahu semuanya orang lain tak betul. Pas tidak akan boleh menerima kritikan mereka, terlalu taksub kepada kepercayaan mereka. Maaf cakap kalau perkara macam ni dah menghampiri sesat. Mungkin inilah bantuan syaitan yang dinanti-nanti oleh Nik Aziz suatu masa dulu. Allah lebih mengetahui.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. cuma kafir Zimmi je yg wajib dikenakan hukum hudud sekiranya berbuat dosa , paham dulu molek jenis2 kapir ni wahai macai Umno .

    ReplyDelete