Pages

Wednesday, January 30, 2013

Guan Eng Deman Tak Kebah. Diasak Kiri Dan Kanan. Mana Lu Mau Lali Ha??


BERASAP nampaknya buntut SU Agung DAP, Lim Guan Eng. Dia terus diasak kiri dan kanan oleh ahli-ahlinya supaya memberi penjelasan berkenaan tindakan beliau yang masih gagal menyerahkan keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk disahkan. Bermacam-macam alasan dia beri bagi mengelak beliau ditemu ramah oleh pemberita. Orang dah salah macam tu.


Menurut kata bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat , tindakan Guan Eng yang gagal menyerahkan keputusan pemilihan CEC walaupun sudah 40 hari berlalu, dilihat mengundang lebih banyak keraguan. Memang jelas, Guan Eng merupakan seorang pemimpin DAP yang mengamalkan pemerintahan 'kuku besi', mirip kepada komunis. Ramai yang bertanya, apa kebaikan yang beliau lakukan semasa menjadi Ketua Menteri, dan apa DAPigs dah buat pada Pulau Pinang??  


Berbalik pada pemilihan CEC, bukan sahaja ahli akar umbi DAP, malah seluruh rakyat menunggu jawapan beliau berhubung perkara ini. Guan Eng selaku pemimpin tertinggi dalam parti harus tampil memberi penjelasan dan bukannya berdiam diri. Tindakan beliau seolah-olah menunjukkan terdapat kesangsian dalam keputusan pemilihan CEC, keloh Tan Tuan Tat. 

Kesangsian dan menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak adil kepada rakyat, menindas rakyat dan banyak lagi tuduhan yang tidak berasas, termasuklah menuduh SPR tidak telus, kotor dalam mengendalikan pilihan raya (PRU), tapi, dia (Guan Eng) dilihat lagi teruk dan lebih kotor pemainan politiknya. Dah jelas semuanya. Apa lagi yang rakyat Pulau Pinang tunggu. Tukar je kerajaan dan berikan kembali mandat kepada BN untuk memerintah di Pulau Pinang di PRU ke-13 nanti. 

Menunggu itu satu penyeksaan. Ayuh semua rakyat Pulau Pinang. Bangkit dan katakan Tidak pada DAP. Nasihat yang ikhlas dari ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment