KOMITMEN KERAJAAN BN JAGA KEBAJIKAN PEMANDU TEKSI TERBUKTI
[MENTERI Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selaku Penaung Pertubuhan Teksi Malaysia berkata komitmen kerajaan BN jelas terbukti melalui pelbagai program melibatkan pemandu teksi yang dilaksanakan.
"Program Bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) merupakan cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. TR1Ma melibatkan insurans berkelompok, khairat kematian, duta teksi, insentif rebat penjualan dan pembelian teksi serta cukai jalan teksi hanya RM2 setahun.
Datuk Seri Dr Rais berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Taklimat Bajet 2013 dan Forum Pertubuhan Pemandu, Pengusaha Teksi/Limousine dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas di Kompleks Kraf semalam. Lebih 350 anggota Petekma dari seluruh negara menghadiri majlis tersebut. Hadir sama ialah Pengarah Jasa Datuk Fuad Hassan].
P/S ~ Itulah komitmen kerajaan BN kepada rakyatnya. La ni nampak jelas berseri-seri muka abang-abang teksi bila mengambil dan menurunkan penumpang. Apa taknya, dengan bantuan yang kerajaan bagi dan jaga kebajikan terhadap pemandu-pemandu teksi, mereka menarik rasa lega kerana senang cari makan la ni, tidak seperti dulu-dulu. Terima kasih kerajaan, terima kasih BN. Itulah kata-kata depa (abang-abang teksi). Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment