Pages

Wednesday, January 9, 2013

Perhimpunan Aman Kebangkitan Rakyat??..Kepada 'Otak' Depa...Menyusahkan Je....

Perhimpuanan Haram Yang Menyusahkan Rakyat

PERHIMPUNAN aman kebangkitan rakyat?....kepada otak depa. Bangkit apa yang depa (pembangkang) maksudkan tu? Tak cukup ke depa ni menyusahkan rakyat. Kenapa nak menyusahkan rakyat lagi. Dan kenapa harus di heret rakyat bersama ke kancah politik kotor mereka. Tak habis-habis nak membuat hura-hura di dalam negara. Apa yang tak puas di hati mereka-mereka ni, IBM tak faham langsung. Mereka (pembangkang) memang ingin melihat negara ini hancur.

Politik dan fahaman apa yang mereka bawa? Zalim kah kerajaan yang sedia ada ni?...dan adakah kerajaan mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyatnya?....Ini semua adalah kerja bodoh pihak pembangkang yang iri hati di atas kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui negara dan melonjakkan nama negara di kaca mata dunia.

Maka, sudah menjadi darah daging mereka (pembangkang), setiap kali menjelang pilihan  raya umum (PRU), mereka akan mencari jalan, menghasut rakyat untuk bangun menentang kerajaan dengan mengadakan 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' seperti ini pada 12, Januari ini. Apa yang mereka cari?....dan apa yang mareka mahu?.. jawaplah wahai rakan-rakan ku semua.

Perhimpuanan Yang Boleh Mencetuskan Pergaduhan Dan Juga Menyusahkan Rakyat Dan Pihak Berkuasa

Sebenarnya, apabila menganjurkan perhimpunan seperti ini yang kononnya akan berjalan dengan aman, IBM yakin, ianya akan mencetus kepada kekecohan dan rakyat yang akan menanggung risiko yang tinggi seperti berlakunya pergaduhan dan ramai yang akan cedera. Maka, berbaloi kah perhimpunan ini di adakah?. Mula-mula memanglah aman, terkawal, tapi....apabila suasana dah menjadi panas, maka timbulah provokasi di antara kedua-dua pihak, iaitu pihak pengaman (polis) dan pihak penganjur perhimpunan.

Sudah tentu pertempuran akan berlaku. Maka siapa yang harus di salahkan?...dan adakah pihak penganjur boleh mengawal keadaan yang sedang kecoh ketika itu? Dalam hal ini, IBM hairan, kenapa pihak polis berlembut dan membenarkan perhimpunan ini di adakah? Tidakkah pihak polis merasa serek setiap kali perhimpunan/demo yang pihak pembangkang adakan, maka sasaranya adalah pihak polis. Mereka yang memulakan dulu provokasi dan rusuhan, mereka akan manunding jari dan menyalahkan pihak polis.

IBM rasa rakyat semua sudah merasakan 'Transformasi' yang diilhamkan oleh kerajaan di bawah kepimpinan YAB DS Najib untuk rakyat begitu berjaya sekali. Segala bantuan yang di bentang dan dijanjikan di perbentangan badget 2013 telah di tunaikan. Malah banyak lagi transformasi yang akan di buat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Apa yang perlu, ialah supaya rakyat beri mandat dan beri sokongan padu pada kerajaan yang ada sekarang.

Maka, apa perlu kita mengadakan perhimpunan seperti itu?....jangan pening-peningkan kepala. Itu adalah agenda jahat bagi individu yang mempunyai kepentingan peribadi dan ingin membelas dendam demi kefahaman politik mereka yang songsang. Jangan biarkan diri anda di pergunakan oleh pembangkang. Kalau boleh, boikot 'Perhimpunan Aman Kebangkitan Rakyat' pada 12 Januari ini. Buang masa je. Fikir-fikirkanlah. Ikhlas dari saya ~ IBM

~ KATAKAN TIDAK PADA PAKATAN PEMBANGKANG ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

2 comments:

  1. Salam IBM, maaf sekiranya comment ini buat IBM marsh, harap dapat Faham yang niat saya baik. Menurut profile IBM, IBM open minded, easy to get along..Tapi apakah IBM Ada perhatikan post berkaitan perkara ini? Saya rasa golongan seperti IBM ni la yang cause all kind of things like this to happen. Maafkan saya gunakan term ni, taksub dengan UMNO Dan tidak Beri peluang kepada orang lain untuk bersuara. Harap IBM dapat baca post sendiri, with an open mind, and rasa betul ke mereka ini menyusahkan sebenarnya? Ingatlah apa yang diwahyukan kepada semua Rasul, "tegakkan agama, elakkan peach belah"

    ReplyDelete
  2. Salam MASA

    Terima kasih di atas komen Sdr. Memang saya open minded. Jawapan saya senang dan ringkas saja. Memang mereka menyusahkan negara dan rakyat. Tak puas hati?....gunakan saluran yg betul, PRU. That's it...simple as that.

    ReplyDelete