Pages

Thursday, January 10, 2013

Awas!! Penyebar Berita Palsu Boleh Didakwa Dan Denda, Siap Korang!!





BERITA PALSU...SEMUANYA PALSU !!

SIAP korang. Jangan cuba-cuba nak buat negara ini hura-hura dengan menyebarkan berita yang bukan-bukan, tak benar. Apatah lagi jika ianya menglibatkan pemimpin-pemimpin negara. Dengan sebaran palsu tersebut ianya boleh menjejaskan nama dan ekonomi negara.  Apa ke jadahnya yang korang dapat bila menyebarkan berita-berita yang tak betul tu?


Jesteru, orang ramai diingatkan supaya tidak menyebarkan berita palsu melalui internet atau khidmat pesanan ringkas (SMS) kerana mereka boleh dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang iaitu denda sehingga RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya sekali. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penyebaran berita palsu kononnya Perdana Menteri kita, DS Najib Tun Razak diserang STROK ringan. Tapi...DS Najib sihat walafiat adanya.
Apa korang nak sebenarnya. Tak kerja lain ke? Buatlah kerja yang berfaedah untuk diri sendiri dan juga negara.  Kalau korang diupah oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan untuk merosakkan nama negara dan untuk menjatuhkan Perdana Menteri kita, hentikanlah. Sia-sia kerja korang tu. Silap hari bulan korang yang akan ketengah nanti.
Kepada sepolan yang telah menyebarkan berita palsu yang membabitkan Perdana Menteri kita yang dikatakan kena serangan 'strok', elok beno le tampil dan minta maaf secara terbuka dan serah diri secepat mungkin kepada pihak polis untuk siasatan. Manalah tahu, kot-kot ada DALANG disebalik penyebaran berita palsu tersebut.
Memang dah menjadi lumrah di negara kita ini. Apabila menjelangnya pilihan raya umum (PRU), maka macam cendawan tumbuh le segala sebaran dan berita palsu. Untuk Apa?.....untuk memburuk-burukkan nama pemimpin negara yang sedia ada untuk menarik perhatian rakyat yang kononnya pemimpin -pemimpin negara la  ni jahat, kotor dan banyak lagi. Maka, bolehlah mereka menang di PRU ke-13 nanti. Jangan mimpi le korang.
Akhir sekali, IBM hanya nak ingatkan, buatlah kerja yang berfaedah. Jauhkan diri dari membuat jenayah seperti penyebar berita palsu ni. Tak ada untungnya. Malah diri sendiri yang rugi. Mesti di ingat, undang-undang tetap undang-undang. Kita tak boleh lari dari undang-undang yang sedia ada. Bila kita bersalah, tetap akan didakwa. Oleh itu, awas penyebar berita palsu, anda sentiasa diperhatikan. Ikhlas dari saya ~ IBM

BUKTI ADA DALANG DISEBALIK SEBARAN PALSU PENULIS BLOG DARI SARAWAK TERHADAP PERDANA MENTERI (BACA DIBAWAH) :



~JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DIPERALATKAN OLEH PEMBANGKANG ~
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment