Pages

Thursday, January 10, 2013

Pulau Pinang Akan Bankrap??.....Biar Betul..


GARA-GARA PEMERINTAHAN KUKU BESI DAP

SUMBER yang IBM dapat dari utara tanah air, negeri Pulau Pinang. Ini bukan rekaan, tapi, ianya akan menjadi 'Realiti' sekiranya tiada usaha untuk merampas kembali Pulau Pinang dari tangan DAP yang tidak tahu menguruskan negeri tersebut walaupun mereka telah diberi mandat oleh rakyat. Selama hampir satu penggal mereka menjadi kerajaan, apa yang kita lihat dan dengar, rakyat semakin terhimpit, ditindas dan merana akibat perbuatan parti DAP yang memerintah negeri Pulau Pinang ala 'Gengstar'.

Apa yang membimbangkan para pemerhati dan ahli politik, Pulau Pinang dikhuatiri akan berdepan dengan ancaman BANKRAP berdasarkan pembentangan bajet defisit buat kali ketiga berturut-turut oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang. Mengikut sumber yang boleh di terima pakai, kebimbangan itu berasaskan kepada pembentangan bajet oleh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng pada bulan November tahun 2012 yang lalu.


Kebimbangan tersebut berdasarkan negeri Pulau Pinang mengalami bajet defisit sebanyak RM262.04 juta. Angka inilah yang membimbangkan rakyat dan sekiranya berterusan tanpa ada langkah konkrit diambil, negeri Pulau Pinang sedang menuju ke arah bankrap. Sayang sekali sekirannya perkara ini benar-benar berlaku. Apa akan jadi dengan rakyat jelata. Mereka tidak pernah mengalaminya semasa di dalam pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Persoalanya sekarang, bagaimana pakatan pembangkang ini hendak menjadi pemerintah di negara ini sedangkan negeri-negeri yang mereka perintah pun sudah jadi kelam kabut dan beterabur. Nasib rakyat tidak di bela, janji  hanya tinggal janji.  Sekiranya rakyat Pulau Pinang masih tak sedar dan inginkan DAP terus menerajui negeri depa ni, IBM tak tahu nak kata apa lagi. Nasib koranglah. Itu yang korang mahu, teruskanlah.

Kepada rakyat yang inginkan perubahan, hidup selasa, aman dan damai, pastikan anda semua beralih kepada Barisan Nasional (BN). Katakan tidak pada DAP. Transformasi negeri Pulau Pinang harus dibuat selari dengan apa yang dirancangkan oleh kerajaan pusat yang diterajui oleh Perdana Menteri kita YAB DS Najib Tun Razak. Ayuh rakyat Pulau Pinang, jangan sampai negeri tergadai dik kerana dikongkong oleh fahaman politik yang mana pemimpin-pemimpin mereka (pembangkang) mempunyai agenda kotor mereka.

Itu je lah buat masa ni yang IBM dapat maklumat dari kawan IBM di sana. Oleh itu, sekali lagi IBM nak ingatkan korang, bangunlah dan tukarkan kerajaan yang ada sekarang ini kepada kerajaan yang lebih baik, cekap dan amanah, iaitu Barisan Nasional (BN). Ikhlas dari ~ IBM

~ KATAKAN TIDAK PADA PAKATAN PEMBANGKANG ~

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment