Pages

Friday, February 1, 2013

Belia Terus Dibela. PM Lancar Bantuan Lesen 1 Malaysia. Terima Kasih PM!!


[Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) khusus untuk membantu memudahkan golongan belia mendapat lesen motosikal dengan kadar lebih murah. Beliau berkata dengan bantuan berkenaan, semua golongan belia boleh memiliki lesen motosikal pada kadar harga terendah iaiut RM199 berbanding harga biasa yang lebih RM350. Ramai anak muda ada motosikal sebab ibu bapa belikan, tapi, tiada lesen.



Dengan skim ini semua ada lesen, "katanya ketika merasmikan program bantuan berkenaan pada Himpunan Anak Muda Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, "Suka Menanti", semalam. Program BL1M adalah kelolaan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Barisan Nasional (BN) yang mensasarkan untuk membantu 500,000 pemohon di kalangan orang muda memiliki lesen pemanduan yang sah. 
Selain harga lebih rendah, program itu turut menawarkan beberapa keistimewaan lain, antaranya ujian berkomputar akan ditanggung sepenuhnya (percuma) jika peserta gagal dan terpaksa mendudukinya semula.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebnelum ini dilaporkan berkata BL1M terbuka kepada warganegara berusia 17 tahun hingga 40 tahun dan yuran dikenakan meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu.]
JANGAN IKUT CARA SI MAMAT SEKO NI :

P/S ~ Di harap lepas dapat lesen ni, jangan le pulak para belia pergi merempit atau menyertai lumba haram. Kesian PM kita tu. Bersungguh dia untuk membela nasib belia di negara kita ini. Gunakanlah segala peluang yang ada. Jangan terpengaruh dengan anasir dan hasutan dari pembnangkang. Depa hanya nak merosakan dan mencalarkan imej belia-belia di negara ini. Harap maklum. Ikhlas dari saya ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment