[KERAJAAN meluluskan 34,700 atau 66 peratus daripada 52,415 permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) masyarakat Orang Asli membabitkan peruntukan RM14.8 juta. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Hasan Malek berkata mereka yang layak itu akan menerima BR1M 2.0 masing-masing bermula awal bulan ini. "Pecahan penerima BR1M dari kalangan masyarakat orang asli ialah bagi individu bujang yang akan menerima RM250 seorang, berjumlah 10,139 orang melibatkan peruntukan RM2.5 juta.
"Manakala bagi ketua isi rumah yang akan menerima RM500 setiap seorang berjumlah 24,561 orang dan melibatkan peruntukan RM12.2 juta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Perpaduan Jabatan Kemajuan Orang Asli, (JAKOA) kesembilan. Hasan berkata baki 34 peratus lagi permohonan akan disemak lebih mendalam oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memastikan mereka benar-benar layak menerima bantuan berkenaan.
"Kita melihat permohonan BR1M kali ini adalah respons positif kepada inisiatif kerajaan dalam usaha membantu masyarakat Orang Asli menjalani kehidupan seperti kaum-kaum yang lain di negara ini. "Ini sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang sering membuat tohmahan yang mengatakan kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional mengabaikan kebajikan masyarakat Orang Asli di negara ini," katanya.]
P/S ~ Terbukti kerajaan BN prihatin dan mengotakan apa yang dijanjikan pada rakyat. Segala tomahan pembangkang yang sengaja memburuk-buruk kerajaan adalah propaganda pembangkang bagi mengaburi mata rakyat semata-mata untuk memancing undi pada PRU yang akan datang. Tomahan demi tomahan mereka lamparkan tentang BR1M. Mereka kata kerajaan tak adil, negara kan bankrap dan macam-macam lagi, tapi, apabila diluluskan, pencacai-pencacai depa lah yang dulu ke depan dan ambik duit bantuan BR1M. Apa barang? Orang Asli juga tidak terkecuali dari di fitnah oleh pembangkang. Depa kata, kerajaan sisihkan orang asli. Tu, yang diatas tu apa, cerita dongeng ke? ~ IBM
BATU API, MEMFITNAH, ITULAH YANG PEMBANGKANG TAHU BUAT :
DAPAT DUIT BR1M DEPA LE DULU YANG MERAIKANNYA. HAMPEH BETUI :
~ RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.~
TOLAK PAS TOLAK PEMBANGKANG!!
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment