Pages

Monday, February 18, 2013

BR1M : Antara Dosa Dan Haram!!

MEMANG BURUK BAK BERUK PERANGAI PAKATAN HARAM NI...KATA HARAM TAPI AMBIK...

Lepas ni, kalau ada rezeki dapat pulak RM1,000. Pencacai-pencacai pakatan tak nak ke?

[Ketika ini, ramai di kalangan rakyat yang sedang berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional atas inisiatif yang diambil kerana merasai denyut nadi rakyat. Ada yang tersenyum kerana telah menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan tidak kurang mereka yang belum menerima sumbangan tersebut sedang menanti dengan penuh kesabaran.

Didalam kesibukan itu, ada juga dikalangan pimpinan pembangkang di kawasan dan tidak ketinggalan juga penyokong dan pengikut mereka sedang memikirkan keadah yang terbaik untuk mengambil sumbangan tanpa perlu berhadapan dengan orang ramai.


Ini kerana dari satu sudut, mereka merasakan menjadi satu kerugian sekiranya melepaskan peluang ini manakala dari sudut lain, merasa malu dengan diri sendiri dan kelakuan mereka ekoran tindakan dan kata-kata yang pernah dilemparkan terhadap pimpinan dan kerajaan (Barisan Nasional) BN sebelum ini.

Sebagai contoh semalam bertempat di Dewan Parit Raja, Yang Dipertua Pas Kawasan Sri Gading, Hashim Jusoh adalah antara penerima BR1M yang hadir menerima bantuan tersebut yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz.

Penulis tidak ingin mempersoalkan hak beliau sebagai rakyat untuk menerima bantuan dari kerajaan itu. Ini kerana, penulis sedar mereka-mereka ini sebenarnya telah terpengaruh dengan dakyah dan ideologi diajarkan oleh pimpinan pembangkang.

Antara yang sering dimomokkan ialah, pemberian tersebut bukan merupakan duit BN tetapi merupakan wang rakyat sebagai pembayar cukai. Namun yang menjadi persoalan ialah, mereka-mereka inilah yang sebelum ini sering melaungkan, kononnya kerajaan BN zalim dan tidak menjaga kepentingan rakyat.

Kononnya kerajaan pimpinan Umno ini sering menindas dan melakukan pelbagai penyelewengan, sehinggakan ada segelintir di kalangan mereka yang bersikap melampau sehingga sanggup mengatakan ia adalah dari sumber yang haram dan sebagainya.

Namun bila mana, kerajaan yang pernah dan sering di caci hamun ini memberikan bantuan dan sumbangan, merekalah antara yang akan hadir dan sanggup menebalkan muka sekaligus menelan kembali semua kata-kata yang pernah diungkap dahulu.

Sedangkan sekiranya benar tuduhan mereka yang mengatakan kerajaan zalim, mana mungkin kerajaan BN/Umno boleh menjadi begitu prihatin dan pemurah semata-mata untuk membantu mengurangkan beban rakyat.
Walaupun Banner di buat...tapi, duit depa sapu jugak. Dah terlupa dosa dan haram. Haramkah duit BR1M ni?

Mana mungkin kerajaan yang melakukan penyelewengan, tidak cekap mengurus tadbir perbendaharaan dan kewangan negara, mampu menyalurkan bantuan yang besar kepada rakyat. Ini kerana secara rasionalnya, kegagalan kerajaan dalam mentadbir akan menyebabkan ekonomi jatuh merudum sekaligus menjejaskan kewangan negara.]


P/S : Yang hairanya tu, puak-puak depa yang dahulu di barisan hadapan untuk ambik duit BR1M tu....apa cerita?....masa tu terlupa pulak yang Tok Guru pesan jangan ambik pitih RM500 tu..itu pitih haram....kelakar..kelakar....orang-orang PAShit ni. Buat orang ketawa berdekah-dekah. Hanya orang seperti IBM je yang dah tak larat nak ketawakan depa-depa semua tu. Sekian, saya yang benar ~ IBM

KALAU BAGI KAT AKU PUN AKU AKAN BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN...TAPI, AKU NAK BUAT APA DENGAN DUIT TU?, KAN RETI PAKAI PUN. KALDAI LE KATAKAN.....KEH..KEH..KEH..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

No comments:

Post a Comment