SUKAN : [SEMBANG-SEMBANG BOLA].........
SATU-SATUNYA saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung semalam menyaksikan Liverpool berpesta gol apabila membenam Swanansea City 5-0 di Anfield. Liverpool membuka jaringan pada minit ke-34 melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh Steven Gerrard.
Liverpool menambah jaringan menerusi Philippe Coutinho (minit ke-46) hasil hantaran dari Luis Suarez. Pada minit ke-50 perlawanan, giliran Jose Enrique menjaringkan gol ketiga. Babak kedua saingan terus rancak apabila Suarez menambah jaringan pada minit ke-56 dan minit ke-71, pasukan kendalian Brendan Rodgers diberi sepakan penalti kedua yang disempurnakan Sturridge.
Kemenangan ini meletakkan Liverpool di kedudukan ketujuh dengan kutipan 39 mata meninggalkan Swansea City di belakang (tangga ke-8) dengan perbezaan 12 mata. Liverpool akan menentang Wigan Athletic pada 3 Mac manakala Swansea City bertemu Newcastle United 2 Mac. IBM mengharapkan Liverpool terus mara dan melihat prestasi para-pemain Liverpool pagi semalam, IBM yakin The Reds mampu mengubah kedudukan di dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). Lega sikit hati ini ~ IBM
"YOU'LL NEVER WALK ALONE"
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
No comments:
Post a Comment